Mini Reunion Katanya

dimulakan dengan gambar saya bersama rakan konsisten saya yang bernama puan nida.
kenapa konsisten?
sebab saya kawan dengan dia dari umur saya 16 tahun.
kadang-kadang persahabatan kami on.
kadang-kadang ada off jugak.
walaubagaimanapun tetap konsisten.
sebab itu diberi nama kawan konsisten (*)

kami lunch sama sama kat lanai.
nida makan mee yang bertajuk mee pangsi.
promotion untuk minggu itu.
saya makan kuey teow. takpayahlah gambar.
macamlah awak tak tau rupa paras kuey teow macam mana kan..

first time saya minum minuman yang bertajuk quantum.
ada gabungan oren dan carrot. sedap tau..
sebab selalu pun saya minum lagenda, summer sunrise.
tak pun lanai cooler atau lanai special.
ini kali cuba yang lain pula. dan tidak mengecewakan (Y)


saya dah tak hairan dah bila tengok baju, seluar atau kasut nida nie.
jarang dia dapat beli baju baju saiz normal orang dewasa.
jadi beliau memilih jenama kiko sebagai jenama utama.

eh eh kaktin pun ada rupanya.
sebab itu tajuk entry ini ialah mini reunion.
sebab kami sama sama bekas pelajar diploma sains kesetiausahaan politeknik port dickson, negeri sembilan.

kawan kawan DSK politeknik port dickson, ada plan kah nak buat gathering together gether?
jika ada, jangan lupakan saya ya… (H)

10 thoughts on “Mini Reunion Katanya

Comments are closed.