Masih Di Hospital Tawakal

duduk kat hospital nie lapar jerrrrr kan..
pesal ek.. agaknya sebab kena makan ikut masa kot.
aterr kalau ko kat rumah atau office bebila ko nak mencekik senang jer ko nak carik makanan kan..
kat hospital nie kena hadap jer la apa yang diberi..

nie minum petang semalam.
biskut ngan milo.

nie plak lunch semalam..
bubur nasi ayam.  sup kosong, air barli & jeli.
sup kosong tu sedap la.. mungkin sebab bubur nasi tawar, so makan ngan sup kosong masin, jadi sedap. kot la..
air barli tu perlu untuk lawaskan apa yang tak terlawas.
jeli? haisyooo manis melecas okkkk…
kalau sapa yang ada kencing manis makan jeli nie, harus ko kena bertunggu tangga kat hospital selama setahun *ok aku berlebih lebih

malam encik z datang
terus aku ngadu ngadu kata lapar lagi.
demi seorang isteri yang dikasihi, beliau pun meredah ke mcdonalds yang sekangkang kera nya saja dari hospital.
aku takde makan bukan bukan yer.
aku makan bubur nasi jugak. cumanya kali nie aku letak pepper sikit.

eh tapi aku makan nuggets jugak. (mintak mintak doktor ngan nurse kat tawakal takde baca blog aku)
eh tapi staff ampang puteri ada baca.. 😛

nie plak breakfast pagi tadi. roti gandum calit jem strawberry.
ngan teh o.
duk sini aku minum barli, teh o, 100 plus ngan air suam saja..

ini hidangan lunch tadi.
harus sama jer macam lunch semalam kan?
cumanya air ditukar jadi teh o.
jeli? harus awal awal aku tolak tepi..
i dah cukup manis u. tak perlu lagi makanan memanis. eceh..
manis la sangat.. (H)

kul 1 tengah hari tadi kaktin & payiet jengoi.
ish sesusah jer datang.
takyah datang pun tak pela..
i sakit, i ok.. 😉

walau bagaimana pun terima kasih sebab datang yer..
aku dah rupa orang baru lepas beranak, tengah berpantang plak.

sempat lagi ko gossip walaupun tetengah sakit. vavavavava…

karang karang aku update lagi.
tak boleh nak pegang mouse lama lama.
sakit kat tempat cucuk drip tu.. huhu…

38 thoughts on “Masih Di Hospital Tawakal

  1. aku lupak bawak hadiah ko nyah, ko balik opis nanti aku kasik ek. kak tin dah tunggu masa nak pegi tadi sambil cekak pinggang. Terpaksa aku turun tangga dari tingkat 14 sbb lif lambat (N)

    • heee awak sakit lain masa tu farah.. saya sakit lain.. walaupun ada kena mengena ngan perut kan 🙂

  2. get well soon akak! BTW, makanan kat hospital tu ok berbanding ngan tempat lain.hehe. Terliuq tgk air milo

  3. sama arr kita berdua…minggu ni tido ngan makan menu sepital je la menu sini mewah tp tekak pahit je… ;-(

Comments are closed.