Macam Mana Boleh Tinggal Ini?

sedikit repekan di malam ini sebelum masuk tidur.

aku tertinggal wallet kat office oh.
terus terbelangkai plan nak beli kasut dan beli barangan bekalan nak dibawa ke taiwan.
dah sampai dalam parking lot jusco wangsa maju baru aku perasan wallet takde. adehh..
encik z ajak patah balik tapi aku kemalasan la pulak.

sudahnya pi makan pastu terus balik.
tadi tengah hari gi money changer tukar duit.
aku bawak wallet letak dalam beg lain.
tu yang tertinggal tu.
harap harap selamat la dalam drawer kat office nun.
amin amin…

tengah dalam persiapan terakhir ni.
walaupun next week khamis baru aku fly, tapi namo la kocoh kocoh.
tu yang buat semua sesiap.
ada check list lagi. eh tu nanti kita story story la yerk..

esok takde update kat sini jugak k.
aku dah set kan 4 autopublish entry kat http://myasefia.blogspot.com
korang gi sana baca tak?
aku harap korang baca lah yer..

ok nak tidur.
good nite semua..

xoxo,