Luahan Hati Faz.. To My Darlings :)

pagi ni bukak facebook, masuk wall Fazura.
tengok ada notes kat wall dia. lalu terus baca.

LUAHAN HATI FAZ.. TO MY DARLINGS 🙂
Tuesday, 08 March 2011 01:56

SYUKUR ALHAMDULILLAH.. TERIMA KASIH YA ALLAH Diatas Segala Limpah Kurnia RezekiMU. Faz terlalu BERSYUKUR Atas SEMUA Keistimewaan, Kebahagiaan, Lindungan serta Rezeki melimpah ruah yang ALLAH kurniakan pada faz. Sayu hati ini bila memikirkan Kasih dan SayangNYA. Apa saja yang kita minta ALLAH kurniakan dan selalunya semua yang TERBAIK. Sorry kalau faz emotional sikit, Faz agak sedih dan kesian pada diri sendiri sebenarnya. Kenapa orang sentiasa nak fitnah faz..

Sedangkan faz ni kawan pun tak ramai, buat hal sendiri je rasanya, duduk rumah je. Bertambah paranoid nak keluar skrg sebab faz perhatikan, setiap kali ada benda baik yang jadi kat faz, yang faz buat, ada saja orang yg tak boleh terima, ada saja yang kepanasan. Mereka sentiasa memerhati gerak geri faz dan mencari salah silap untuk dijadikan cerita dan bahan fitnah untuk memburukkan faz, supaya faz nampak jahat dan berdusta.

Kalau berdiam diri pun macam-macam cerita orang buat, apa lagi kalau faz ni jenis yang selalu lepak di mamak dan sebagainya. Apa pulak cerita yang direka? Faz rasa orang sekarang sudah tidak ada hati.. Kerana hasad dengki dan kepentingan diri mampu buat apa saja, tidak kira dosa asalkan puas hati. Kebanyakan orang sekarang juga sudah tidak bertuhankan ALLAH, tapi banyak yang sudah lalai dan lupa diri, taksub dan bertuhankan DUIT, HARTA, PANGKAT dan GLAMOUR. Berkejar-kejar, Berlumba-lumba, Tapi silapnya mereka ialah mereka juga fikir kita begitu, maka macam-macam lah tuduhan yang dilemparkan sesuka hati.

Tapi cukuplah, takde guna faz nak melatah. Faz juga dah maafkan mereka setulus hati. Mudah2an mereka akan diberikan petunjuk oleh ALLAH SWT. ALLAH MAHA KAYA, MAHA MENGETAHUI, MAHA MENGASIHANI DAN ALLAH YANG MAHA BERKUASA tiada Dua. Faz berdoa dijauhkan oleh manusia-manusia yang berniat durjana, segala perbuatan fitnah serta niat yang jahat dan faz percaya setiap yang terjadi ada hikmahnya dan hikmahnya pasti sesuatu yang sangat Baik dan Positive. Hanya masa yang akan menjawab. Mudah2an.

Sorry again, kalau faz tiba-tiba emotional. Going to sleep now. Tomorrow will be a HAPPY DAY for all of us!!! THANK YOU for listening and always being there for faz.

Semoga ALLAH memberi segala balasan Kebaikan di dalam dunia sampai akhirat buat semua darling faz yang Prihatin, Caring dan Positive. Faz takkan lupa.

THANK YOU for your Unconditional Love and Support. Again, TERIMA KASIH kerana mendengar luahan hati faz yang emotional di pagi pagi buta ini hehe..

LOVE LOVE LOVE YOU.. Assalamualaikum 🙂

credit : FanPage Nur Fazura @ Facebook

fazura ni positif sangat kan.
kat fanpage facebook dia tak pernah langsung ada status yang marah marah, meroyan, emosi atau sakit hati pada sesiapa.
sentiasa senyum, positif dan selalu pun lots of love.

semoga di satu hari yang permai aku juga akan menjadi seperti fazura.
eh bukan secantik fazura yer. berangan sangat.
tapi sikap positif yang ada seperti fazura.
tak melatah bila dihina dan diumpat.
juga tak tersentuh dengan provokasi.
sentiasa positif sepanjang masa. insyaAllah.

semoga saat yang indah itu akan tiba.
i am trying my best. n insyaAllah i will find my way..

(L)

8 thoughts on “Luahan Hati Faz.. To My Darlings :)

  1. betul kan kak, faz selalu tenang je..

    saya pun suka bangat sama fazura..

    my feveret u..

Comments are closed.