Jualan Amal Tabung Adik QBM

hari tu aku ada tulis pasal jualan amal tabung adik balqis kan?
ada sesapa pergi tak?
aku sempat pergi kejap, kat sogo sana.

eh rupanya balqis ni lahir sama date dengan yaya.
16 oktober. cumanya balqis lahir tahun 2010 la 🙂

banner yang dipenuhi signature dari pengunjung yang menderma.
tapi kenapa aku tak sign liza???? :-S

suka lah kata kata dari mother teresa nih.

Let us not be satisfied with just giving money.
Money is not enough.
Money can be got, but they need your hearts to love them.
So, spread your love everywhere you go

(L) (L) (L) (L) (L) (L) (L) (L) (L) (L) (L) (L) (L) (L) (L) (L)

ada memacam jualan.
ada karpet cotton, brooch, headbands yang comel, oreo cheesecake, cupcakes fondant.
liza jual tudung and bracelet.

aku beli cookies & kerepek pedas.

belon nie si sarah yang bagi.
kemain baik hati nya.
tapi bila aku ngecek mintak cupcakes tak bagi plak dia. he he..

tapi kemudian aku bagi balik belon tu kat ana.
aterrr acik naik motor la sarah.
gimana plak romannya acik nak berbelon bagai atas motor? 😛

kesian tengok si ana asyik dok atas stroller, aku bawak la dia turun.
hah satu sogo tu dia berlari ko..
tak daya aku nak mengejar terus aku letak dia balik dalam stroller.

ampun ana.. acik tak daya nak ngejar kamuuuu…

with sarah & yasmeen yang comel pot pet pot pet.
tapi aku suka. keletah.  bukan menakal tak menentu.

ini lah dia liza.
kami tak pernah berkawan baik.
tapi kami juga tak perlu bermusuh.

sampai sekarang aku teringat kata-kata dia.

tak semua orang ditakdirkan untuk berkawan.
tapi kalau boleh jangan lah bermusuhan.

thanks liza. for everything.
i love u..

sesiapa yang nak hulurkan bantuan dan sumbangan pada Baby Qistina yang mengidap penyakit jantung ni boleh refer gambar kat bawah k..

dan sama sama kita doakan Baby Qistina Balqis Maisarah akan sembuh secepatnya.  insyaAllah.

DISCLAIMER :

entry sebelum nie dan entry nie adalah ENTRY PERCUMA yer anak anak.
aku tak kenakan BAYARAN walaupun aku dah apply SEWA TAPAK & BANNER kat sini.
melampau ko kalau kerja amal pun ko nak caj kan normaya.

tapi kalau BLOG PERSONAL & BLOGSHOP memang aku caj.
tapi bukan ler sampai 50hengget apa lagi lapanloh hengget.
aku kenakan bayaran berpatutan ngan unique visitors kat blog aku nie.

kalau semua orang pakat pakat nak FREE jer, baik aku buat INI BLOG IKLAN!
kannnnnnnnnn……….

4 thoughts on “Jualan Amal Tabung Adik QBM

Comments are closed.