Fasha Sandha Yang Cantik Lagi Baik

salam anak-anak…

aku dah selamat sampai malam tadi lebih kurang pukul 8.35pm touched down lcct.
alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik both ernie & myself.

sebelum nak update cerita pasal taiwan, aku nak kasik habis semua cerita dalam draft dulu k.
tapi kita mulakan dengan entry ini.
kisah bertemu fasha sandha. huhuuu…

masa kat lcct hari tu, tengah q nak check in, memula aku nampak connie ahmad tu. ngan anaknya.
pastu tetiba nampak ek eh tu fasha sandha, aku cuit ernie.
kitorang dedua cam sama sama mengagum. :-O
lawanya dia! tak mekap langsung. leher jinjang. dan beliau adalah kurus.

of coz awal awal cam malu malu kucing gitu nak tegur, tapi cam bila lagi kan.
so kasik tegur jugak.
kata nak bergambar. dia pun ok ok jer.

nie gambar pertama.
pastu ernie kata cam silau.
terus fasha tarik tangan aku ke belah dalam.
pastu dia cakap ngan ernie u snap dari sana.
gitu.

maka nya ini gambar kedua.
ok sumpah dia adalah cantik. (Y)
dan korang yang selalu ejek ejek suara dia tu, bila live aku dengar takde la teruk nau suara dia pun. gamaknya effect dalam tv kot. tiba tiba kan..

kenapa fasha sandha peluk ernie?
ini tidak adil! saya chembhuru….
;-(

aku pun tanya la dia, adakah dia nak ke taipei juga sebab dia q kat tempat yang sama. rupanya tidak. diorang ada shooting kat paris sana.
q kat situ sebab duduk kat premium seats.

aku tanya la shooting apa.
dia kata drama 5 tahun 5 minit. nanti akan tayang kat tv1.
tengok tau!
kata dia. iskk.. lawa la dia.

sempat jugak dia tanya kitorang nak gi mana.
bagitau la kata nak pi taipei. pastu dia tanya lagi ada apa ek taipei?
kawan kitorang kerja kat sana, so nak melawat dia.
ooooo…

yang nie korang kenal tak sapa?
pelakon jugak kan. tapi masa ni aku taktau nama nya sapa.
cari punya cari namanya ialah Hafidzuddin Fadzil.
suka tengok dia berlakon. very the kebapak bapakan.

dia pun tanya jugak nak gi mana?
taiwan.
buat apa kat taiwan?
jalan-jalan.
pastu dia cam wow! jalan jalan sampai ke taiwan sambil gelak gelak.

persoalannya, adakah aku ngan ernie seperti tidak berduit untuk ke taiwan?
ataupun cam apasal pegi taiwan? kenapa tak pegi tempat lain?
ntah. apa apa je la kan..

22 thoughts on “Fasha Sandha Yang Cantik Lagi Baik

  1. cantik nye dia..aku dulu suke je dia ni
    tp bile mcm2 kes buruk dia kuar rse xsuke plak
    aku suke dia sbb cantik body mantopp
    hahaa

    tp kesian sebenar nye wartawan2 hentam dia gitu..
    kite pn xtau kesah sebaliknye kan

    wey aku minat gile jaket merah ko tu..ala2 gaun

  2. Memang Fasha cantik, pastu disiplin masa berlakon pun bagus tu pasal ramai producer suka amik dia belakon. Jadi ketepikan je la segala kontroversi yang ada pasal Fasha kan.. hik hik..

    bestnya p Paris orang sponsor.. bila la turn kita.. Eh hangpa mungkin cepat, kami ni tatau bila..

    • betul tu.. kita judge by bakat dia. eceh.
      ish cepat ke kami nak ke paris itu? byk duit nak kena kumpul tu sbb kalau pi kami nak bawak suami jadi belanja berganda 😀

  3. ramai nau suka jaket merah gaun tu.. tadak sapa nk beli ke. me nk jual ni!!! hehehehehe

    yesss mmg pasah cun.. muka melayu2 asli gitu.. 🙂

    • I sukeee giler!!! Tapi I nak yg baru. Ehh.. jangan kecik ati pulak ye. You beli kat mana? Kalo tak nak gitau kat sini, boleh emel I? Mya tau emel address I…

      • babe, ayu tak penah pakai tau baju tu.. i yg rasmikan..
        tapi sebab musabab dia tak pakai, idok ler i tau..
        kalau u betul2 nak, harga kita blh nego… sametime sametime hehe

        • Nak yg baru bukannya apa Mya… size badan kita berbeza… I ni kan ke montel! You kecik comel, muat ler. Sampai kat I, jadik sarung nangka you!! huhuhu :((

          • ooo yer yer paham paham.. sbb saiz kita berbeda..
            nnti i try tanya ayu kot2 dia blh tolong belikan baru k..

  4. dia mmg cantik, cantik sangat… body pon sangat menggiurkan, mmg pernah jumpa dia secara live…

  5. hahahahha..paling tak tahan tang *adakah aku ngan ernie seperti tidak berduit untuk ke taiwan? ataupun cam apasal pegi taiwan? kenapa tak pegi tempat lain? tp yg penting dah sampai ke taiwan kann (Y)

Comments are closed.