Facial at Clarins

aku kan ada dapat voucher dari clarins sogo masa birthday aku hari tu.
pastu tengok date last boleh buat facial ialah 28 februari.
so terus cam eh masa dah suntuk.
lalu call dan buat appointment.
petang tu jugak kul 6.15 petang.

maka nya lepas office terus la aku jalan seorang diri ke sogo.
aku ingatkan cam terus jer pi wat facial.
tapi beauty consultant yang bernama linda tu tanya aku gitu gini.
tanya aku pakai produk apa semua.
haruslah aku pakai semua caca marba campur campur.
yang pasti semua murah murah yer.
takde makna aku nak pakai SKII ke, SKIII ker…

lama oh tak buat facial. ceh macam la selalu nau buat kan.
last hari tu masa aku nak nikah la.
tu pun aku buat kat punjabi. so nikmat dia cam tak berapa ah.
kulit muka aku paling bermasalah kat T zone.
expecially tang hidung.
sesiapa yang menyentuh hidung ku nescaya akan merasa confuse adakah itu hidung normaya atau hidung seekor katak.
very banyak white head dan black head. sadisss…

style facial kat sini dia tak korek korek blackhead whitehead ko.
tapi dia guna cam serum ke apa katanya.
tapi harus tak puas kan bila tak korek.
linda kata kalau korek nanti pores ko lagi jadi besar.
tapi kan, dia plak yang tak menahan tengok.
dia mintak izin gak kat aku untuk korek. he he he..
korek jangan tak korek linda..

nie gambar sebelum facial.

nie plak selepas.
walaupun nampak cam takde perbezaan kan..
tapi harus kulit merasa lebih smooth dan fresh gitu..

nie plak tempat kejadian.
facial amik masa sejam.
sekali dia urut bahu ngan leher. lega sungguh oh..

kalau waktu biasa RM148.
sebab dapat voucher nie, jadi aku bayar RM 74.
walaupun bagi aku memahal jugak.
apa nak kata, orang kedekut beginilah romannya.
lepas nie tah bila tahun plak aku nak facial ntah..

P/S : aku kat hospital lagi yer..
jangan ko ingat aku keluar hospital terus pi facial plak.
ai bukan propa ok.. no no no…

8 thoughts on “Facial at Clarins

  1. Hai kak.. last week saya balik taiping jenjalan kat lake garden jumpa yaya ngan caca tengah main kat sana… heheheh kenal sbb baca blog akak ler….

Comments are closed.