Dinner di Le Chateau de Puah

nie pun cerita lama.
cerita hujung bulan lepas.
apau, fin, ida & aku gi dinner sesama kat le chateau de puah.
aku penah je dengar nama restoran nie sebelum nie, sementelaah penah je pun keluar dalam JJCM kan..
tapi nak pegi tu cam ermm tak pegi pegi gitu.
walhal dekat je pun ngan rumah aku.

so malam tu gigih la drive sensorang sampai sesat barat.
walhal kalau ko datang dari jalan genting klang tu, lepas masuk kiri sebelum balai polis setapak tu, sekejapan dah jumpa simpang nya.
tapi oleh sebab simpang tu kecik comey halussss nau, harus aku tak perasan.
signboard pun ala ala malap segan gitu..

kalau ko nak pegi, ko nampak je shell kat belah kanan, ko alert.
nanti nampak jalan kecik bertajuk jalan puah.
pastu ada la signboard nya, ko belok kiri.
ko terus.. nanti nampak la restoran tu belah kiri ko.

dipendekkan cerita, makanan yang diorder adalah.
mango blended. sedap walaupun tak berapa nak rasa originality nya.

ida dok promote nasi bukhara nie.
so aku kasik try lah.  daging kambing nya sedap oh.
lembut jer. takde la senget benget mulut ko nak gigit.

yang lelain nie diorang order.
kitorang makan share share. so semua leh rasa sorang sikit.
yang nie macam murtabak. aku tak berapa kenan. (N)

orang panggil nie apa. kentang lecek? eh tapi tak dilecek pun kan.
tak kisah lah apa namaya. tapi ada potato potato.
dan yang penting adalah sedappppppppppppp… (Y)

nie plak dim sum. tapi bukan dim sum biasa.
kerana ia adalah lebih besar dari biasa.

yang nie plak kebab kambing.
aku makan daging dia jer. sedap jugak. masih rasa kambing.

ada lagi satu actually. apau makan lamb chop.
tak sempat nak snap gambar dia dah ngap ngap. heh.
pastu last sekali up dessert nie.
aiskrim apa ntah namanya. lupa.

dah puas tengok gambar makanan, mari tengok gambar orang piula.
idajelita & saya.  saya bukan maya cantik mahu pun maya gorjes.
no no no no.

fin & apau.
tq apau sebab belanja.
murah rezeki apau di masa masa depan yer..

lepas makan semua ngadap laptop fin.
apau yang dah lama tak bukak facebook kitorang suruh cek la facebooknya.
haisyooo ada lebih 130++ friend request k..
fin & ida jadi administrator tanya apau sapa yang dia nak approve, sapa yang dia nak ignore, sapa yang dia nak not now.
nasib baik kitorang 3 apau approved kan.
kalau tak harus sentap. ek eh motif sentap??

pada korang yang dah add apau tapi tak diapprove, janganlah kecewa atau hati pecah pula yer (U) .boleh cuba lagi di masa depan..
mungkin korang belum cukup eksklusif nak jadi friend apau kat dunia facebook.
tapi tak semestinya ko tak friend ngan apau kat dunia facebook, ko tak boleh friend kat dunia nyata. kan kan kan???

lagipun, bukan ke facebook nie semua dunia jer semata?
kan kan kan? la la la la la…. (H)

P/S : jangan biarkan hidup anda diselubungi… misteri…..  😛

8 thoughts on “Dinner di Le Chateau de Puah

    • bila add tak diapprove, jgn sentap.
      bila dah di add, diremove, pun jgn sentap.
      bila dh diremove, di add semula pun jgn sentap.
      pendek kata jgn sentap lah!

  1. akak x paham motif p/s tu….hehehehehe

    weh, byk nye kamben, akak leh nengok je la, xleh mkn… 😛
    errr, ape beze nasi bukhari & nasi bukhara… (H)

    p/s : nama pun apau, senang la di pau…thehehe… [kpd pemilik nm apau, jgn terasa hati (*) ]

    • takpe kak, abaikan je PS tu hehe..

      errr sy pun tatau nasi bukhari ke bukhara, hantam je kak..

Comments are closed.