Dari Kisah Kasut ke Kisah Telefon

tadi gi sogo.
dengan niat mau cari kasut sarung nak pi taiwan tu la kan.
aterrr boot yang dicari tiada berjumpa.
so beli kasut sarung sudah.
ada lah aku dah aim scholl atau hush puppies.

malangnya dedua pun takde saiz kaki gajah aku nie.
paling besar saiz 6. sadisss…
walhal aku ada voucher sogo RM160 nih.
memang dah semangat nak guna.
tup tup takde saiz kan..
dah la voucher valid sampai hujung bulan jer.

demi mengubati hati yang lara, aku gi cari baju.
sudahnya dapat la 2 helai blouse diesel & ladylike.
aku guna RM60 jer voucher. lagi RM100 let go kat encik z.
lagi pun voucher nie semua pun memang encik z yang bagi kat aku.
masa dia menang game game dulu tu la.

lepas office tadi gi BTS.
eh sebelum tu gi wangsa walk amik duit yang aku dah bayar nak migrate line celcom ke digi tu.
katanya 3 kali dia submit, 3 kali pun rejected.
alasan kata salah satu line tak aktif.
pastu line yaya tu ialah main line bukan supplement.
ko kenapa celcom? eh ke digi?
ntah lah tak tau nak blame sapa.

tu yang aku tak puas hati gi BTS try submit kat sana plak.
tapi cam sama je proses nya aku tengok.
ermmm… kalau tak boleh gak,tatawu dah aku nak kata apa.
tapi encik z suh tukar je nombor baru terus.
sebab nak ngejarkan RM68 punya plan tu lah.

ermmm tu je la kot ngomel ngomel malam ni.
nak tidur lah. penat.

oh yer esok takde update kat sini k.
aku dah set kan auto publish kat http://myasefia.blogspot.com
ada 4 entry. gigih tak gigihnya aku nak up kan BE kat sana hehe..

ok nite nite semua.
sweet dream 😉

4 thoughts on “Dari Kisah Kasut ke Kisah Telefon

  1. aku cadang laah kan… kalau kali ni tak berjaya gak, ko ikut ckp en z, amik no baru jer..

    nombor ko jer migrate, supplement semer ko terminate.. pastu amik no supplement baru ngan digi.. nanti ko boleh pilih nombor yang sama kat belakang..

    nanti semua pun pakai no 016-XXX1090 cung aarr tu!

Comments are closed.