BBQ di Paya Indah Wetlands

gambar-gambar kat paya indah wetlands aku tak abih upload lagik.
tapi takpe la aku cerita yang nie dulu k.

kekdahnya last 2 week aku sudah ke paya indah wetlands di dengkil sana.
ko jangan confuse dengan taman wetlands putrajaya yer.
ianya adalah dua tempat yang berbeda. diulangi berbeda.

idea nak ke sini dicetuskan oleh celcom. ek eh.. dicetuskan oleh idajelita.
tu yang ramai ramai buat meeting kat lanai.
dan 1 2 3 set go….

aku bertolak lebih kurang ku 3 petang camtu.
sampai kat sana lebih kurang kul 4 petang.
kitorang tersalah masuk jalan. sib baik ada gps.
dibawak pusing lalu jalan dalam. tapi sampai jugak.
cayalah gps. dan dan sayang gps.
cuba kalau gps bawak jalan salah, terus diharukkan.
sabarlah gps. ceni lah romannya kalau jadi gps.

ngam ngam aku sampai fin dah tengah check in.
settle urusan check in, terus ke chalet.
ok details pasal chalet & paya indah wetlands nie nanti aku up kat entry lain k.
ni biar aku habiskan dulu cerita ikut gambar yang ada.

bersihkan pondok untuk melepak.
semangat sapu, beg pun tak bukak. heh.

tak lama lepas tu ida pun sampai.
lalu kami terus siap siap set kan tempat untuk BBQ.
susun susun arang.

aku rasa aku cam 1st time jer ber BBQ bagai.
lebih lebih lagi terlibat secara langsung cenggini.
rasanya sebelum nie cam tak penah kot. ermm…

tapi api tak dapat hidup ko.
ida tak bawak minyak. dia ingatkan api boleh menyala begitu saja di arang.
bersungguh sungguh la encik z cuba nak menghidupkan.
sampai diseret sekampit daun kering untuk nyalakan api.

sesambil tu kami kaum hawa siapkan bebenda lain.
salad, buah buahan, tomato, roti, buat air dan lain lain lah.

fin sedang bersilat dengan ayam.
bapak keras ko ayam nya walhal dah sejam 2 gak keluar dari fridge.
ida beli 2 ekor ayam. hah makan la ko sampai lebam iyer.

fin tak berjaya bersilat dengan ayam, lalu ida mengambil tempat.
ida memang haibat kerana berjaya memisahkan ketulan ketulan badan ayam itu.

sampai tercabut tapak selipar dia sebab bersilat dengan ayam.
bukan sebelah, dedua belah tercabut k.

ko memang bikin malu kompeni ida.
tapi takpe, nanti birthday ko aku beli selipar ek. saiz 7 kan?
ha? nak crocs? hamboiii demand tak hengat ko…

akhirnya! api berjaya dihidupkan.
syabbasss encik z.

kenapa aku plak kena kipas?
kenapa? kenapa? kenapa?????

ida masih bersilat.
fin err err.. fin, u tengah buat apa tu?

malas nak cerita panjang panjang.
tengok gambar dan aku letak caption okie dokie?


: : kipas lipas : :


: : dah masak! yeay! : :


: : tak tahan, terus kunyah. daging kambing setapppppppppppp : :


: : rasa comel plak buat muka cenggini : :

dalam pukul 6.30 petang gitu barulah fay & haron sampai.
lalu tolak diorang pulak amik alih kerja membakar ayam dan kambing.

kerja kerja pembakaran siap!
lalu bergambaran di kala senja remang.
tak suka tau kamera olympus tu!
bila malam gambar tak cantik!
tak suka tak suka tak suka tak sukaaaaaaaaaaaa :-[ :-[


: : ida semangat siap pasang khemah : :


: : antara hidangan kami di malam itu : :

sesambil makan sesambil borak gossip gitu gini.
sapa yang kenal fay & haron, haruslah ko tau perangai diorang cena kan.
borak gelak borak gelak borak gelak.
ida pun sama. kalau ko kenal, memang ko tau lah cemana tahap perangai sengalnya.
tapi takpe, dia jenis hati cekal punya orang.
kalau ko nak membagi ke hapa, bagi jer.
takde pastu nak perli sindir bagai. kira jenis tak simpan dalam hati la dia nie.

ini bukan tarian pinggan.
bukan juga tarian ubat nyamuk.

berborak best. gelak gelak pun best.
tapi tak menahan nyamuk banyakkkkkkkk gila okkkk…
banyak sampai ko rasa cam nak bakar pondok tu.
terngiang ngiang kat telinga. dok kerumun ko gigit tang sini gigit tang sana.
dah la aku pakai baju hitam kan.
lagi laa…

tak menahan tu yang akhirnya encik z ngan fay keluar pi cari ubat nyamuk.
dah letak kat semua penjuru, pun ada gak nyamuk nyamuk yang mendegil.
tu aku pegang kat tangan dua. dah rupa bomoh siam halau hantu nang nak pun yer.
tak paham haku cemana diorang yang lain cam relax relax jer.
kulit gajah hapa diorang nie.

last last kul 10 lebih gitu aku dah tak tahan.
terus cabut masuk dalam bilik, yang lain lain pun follow.
tidur lagi baik. esoknya nak jumpa buaya, badak, itik dan kuda.
huhuuuuuuuu…..

10 thoughts on “BBQ di Paya Indah Wetlands

  1. bestnyerrrrr… shrek pun nk g camping kat paya indah wetlands r… dah dekat je dgn umah tu…

  2. tak menahan tengok gambar pegang ubat nyamuk tu .. hahahhaha …. boleh sign contract jadi model ubat nyamuk cap kipas lipas ye pasni maya …

  3. chantek jugak kawasan nih..tgok rumah pun ok..bape rega semalaman?..kelengkapan semua ado erk..byk plak soklan kan..hehehe (H)

Comments are closed.