Badak Badak Yang Comel

AWAS! gigitan badak air boleh membunuh!

badak air adalah haiwan yanag bersifat kewilayahan.
cam comel je dengar bersifat kewilayahan tu kan.
maksudnya badak ni amat menjaga kawasan dia lah.
mengikut abang yang bagi penerangan kat kami, katanya even buaya pun tak berani kacau kawasan badak air tau.
kalau buaya lalu pun, badak dah jegil jegil bijik mata. begitu.

kat paya indah wetlands nie ada 3 ekor badak air.
jantan bernama kendra. yang betina juwita & cendana.
wah nama tak agak agak. juwita ko.. hehe..

yang nie juwita.
cendana kena kurung lu.
sebab juwita ngan cendana selalu bercakaran.
mereka tidak mahu berkongsi suami iaitu kendra.
tu yang ko tengok badan juwita calar balar tuh.
sebab gaduh ngan cendana lah.

see.. badak pun takmo berkongsi suami.
inikan pula kita manusia. wah motip sangat nak kaitkan manusia ngan badak.
he he he..
tapi takpe kita manusia kalau berkongsi suami dapat payung emas kan? 😛

yang selalu nganga mulut besar besar ialah kendra.
juwita cam buat taktau jer tau..
ragut rumput kat bawah bawah jer.
fay kata ‘juwita kan perempuan. kenalah bersopan santun’
ek eh ye tak ye gak kan.. he he..

oh yer badak air ni makan sayur sayuran dan buah buahan.
masa nie disediakan pisang ngan betik untuk kitorang bagi dema makan.
seketul betik besar tu dia ngap ngap.
pisang pun sesikat tu dia kaup.

bersungguh sungguh aku nak bagi kendra pisang.
sebenarnya takut gak dia gigit tangan heee…


: : bapak besar nganga nya : :


: : buat muka kesian tapi comel : :


: : motip sangat kan aku melentik lentik gitu. dah la memainkan perasaan kendra. heee.. em sorry kendra : :

eh korang tau tak yang badak air tak boleh berenang?
diorang berjalan kat tanah dalam air tu.
tu pasal kaki diorang dirty.
bila nak naik ke permukaan air, diorang akan lonjakkan badan diorang. begitu.
dan lagi satu, badak air ni lari laju tau.
jangan ko sangka dia gemuk, dia tak kuat lari.
tapi beberapa ratus meter yang pertama je lah.
lepas tu, dia pancit. 😉

ok TBC lagi.. jangan membosan k..

14 thoughts on “Badak Badak Yang Comel

  1. hikkk ai soka baca kesah badak.. comei nk mampos.. nak2 time dia nganga tuh hahahahhahaha

  2. Ai mmg sukerrr hippo nih..gambar kedua terakhir tuh mmg sungguh mencomel..tarik misai tuh sket bru tau..rasa nk cubit dua pp hippo nih..hahahaha!!
    teringat dolu iklan time raya…hippo yg kaler biru tk lepas naik flight sbb berat/binantang xdibenarkan…siap wat muka sedih + sengal jinjing beg baju nk blk kg…hahahha lawokkk

  3. kalau bercakaran kene kurung ek nyah? kalau manoksia yang bercakaran kene kurung, alamatnya tutup la tempat kerja kita nih, tak de org nak kerja sbb smua kene kurung

Comments are closed.