1… 2… 3… Tukar!

hari jumaat lepas gi lunch dengan ini perempuan.
lunch di wangsa walk sana.

kami makan di BBQ Chicken.
first time ni aku makan sini.
nampak cam menarik, dan amy pun tak kisah nak makan kat mana.
tu yang aku terjah sini terus.

BBQ chicken nie merupakan restoran ayam korea yang pertama di malaysia.
so sesiapa peminat drama korea boleh lah try makan kat sini.
eh releven ke?

kita mulakan dengan mushroom soup.
ok ok tapi mushroom soup lanai lagi sedap.

pastu amik set.  RM9.90.
ada ice lemon tea. nasi ala ayam ala korea dan BBQ chicken.
sedap. kira aku suka la.
takde la rasa pelik pelik ke hapa.

pastu kami sepakat membawa berkat up desserts.
bertajuk pat bing soo.
nama tak boleh bla kan. macam nama peninju tomoi jer.

inilah dia rupa parasnya. portion adalah membanyak.
ko nak share 3 orang pun boleh.  sedappp dapp..

usai makan kami gerak gerak khas ke digi.
actually masa makan tu kitorang banyak borak pasal celcom dan pasal digi.
aku dok memekak mekak royan kat amy pasal kena caj celcom banyak bila aku guna internet. walhal aku log in dalam 2,3 kali jer.

so amy pun bla bla bla pot pet gitu gini bagi pandangan.
dan akhirnya… tanpa ragu ragu terus naik ke booth digi kat tingkat atas.
terus migrate dari line celcom ke line digi.
aku amik yang pakej RM68 takde komitment.
boleh online 24 jam sampai lebam.
sebab kalau amik celcom punya kan, ada komitment RM50 tak kira ko guna ke tak guna ke, tatap kena bayar.

tapi sehingga artikel ini ditulis (eceh ayat wartawan sangat), belum jugak tukar tukar line aku itu. adoiyaiii…
digi, u break my heart oredi..
katanya ada problem dengan line supplementary aku iaitu nombor yaya.
ish pelik pelik..

harap harap cepat lah setelnya. tsktsktsk.. ;-(

12 thoughts on “1… 2… 3… Tukar!

Comments are closed.