Tips Menulis Blog versi Normaya

hari tu aku saja la menciwi pasal income nuffnang aku kat facebook.
takde la menciwi heavy heavy pun, menciwi lite lite saja.
pastu ada la kan kawan kawan komen.
salah sorangnya si nikolas.
dia siap suh aku buat entry bagi tips cena nak dapatkan hits dan earning dari nuffnang.

ewah ewah kan… macam la aku ni blogger tersohor pun.
walhal cuma blogger picisan melukut di tepi gantang.
tapi bila fikir fikir balik sokayyy la kot.
lain blogger lain cara tulisnya iyer.

kalau ikutkan aku memang takde la tips hapa pun.
walaupun ada jer blogger blogger yang dah buat entry pasal tips tips berblogging nie kan, ada jugak yang aku tak amalkan pong.

ok antara yang diberi ialah blogwalking.
dolu dolu rajin la jugak aku blogwalking sebab blogger tak ramai, readers pun tak ramai. tapi sekarang memang aku agak jarang dah blogwalking.
apatah lagi tinggal komen.
makanya aku memang tak dapat nak naikkan hits blog aku nie melalui blogwalking.

rajin update! haaa nie tips yang aku rasa semua patut amalkan.
kalau ko update pun seminggu sekali cena lah ko nak up up away kan ko punya traffic. tul tak?
orang datang sekali, pastu lupa.
makanya ko kena la rajin update blog. sebab itu lah yang dipanggil blogger. iyer.
paling paling bangsat pun ko try la update sehari sekali.
kalau dapat sehari 3 kali lagi molek. (O)

lagi satu kan, ko jangan lah fikirkan sangat pasal nuffnang.
nak duit duit duit duit sokmo.
tulis blog nie memula ko kena ada minat lah kan..
kalau kata sok sok nuffnang dah tak wujud, adakah blog ko jugak akan ghaib?

aku start tulis blog tahun 2004. 19 januari 2004 secara tepatnya.
dulu dulu mana ada nuffnang ke, churpchurp bagai nie.
tapi aku menulis. sebab aku minat.
pastu bila ada nuffnang nie aku kira cam bonus la kan sebagai blogger.
ada ok, takde pun ok sebab aku akan tatap terus menulis.
jadinya, ko kena ada minat untuk menulis dan bukan semata mata sebab wang ringgit. okey?

dan pada pendapat aku yang amat amat amat penting ialah, bila ko menulis sila lah menjadi diri sendiri.
jangan cuba untuk jadi orang lain.
orang boleh tau bila mana tulisan ko tak natural dan dibuat buat.
trust me.

mungkinlah sekarang dah berlambak blogger yang ada, cara penulisan ko pun akan terikut ikut. sikit sikit acceptable la.
tapi kalau dah one whole entry ko plagiat, ciplak, copy paste, apa cerr??? (@)

jadi tulislah dari hati. kalau ko memang jenis pendiam, sopan santun, ko tulis cara begitu. tak perlu nak maki hamun dalam entry ko semata mata nak buat blog ko meletup.
dan kalau ko jenis hu ha hu ha, mulut bising seksi meksi, just be yourself.
tak perlu nak cover cover line sebab nak jadi blogger yang control ayu.

kesimpulannya, aku memang takde tips pun nak bagi kat korang.
aku cuma menulis dengan cara aku.
terima kasih la sebab korang rajin baca cecehan aku kat sini.
walaupun selalu nya cecehan ke laut..

sekian tips dari saya. eh tadi kata takde tips? (H)

40 thoughts on “Tips Menulis Blog versi Normaya

  1. betui tu kak mya. jangan nak ciplak org punya. berdiri di kaki sendiri. toksah nak jadi org lain. en3 kak mya ke laut pon tatap ku baca…

  2. Aku ada gak blog.. hahaha yg kadang2 2 minggu sekali baru aku update.. but honestly aku tulis sebagai meluahkan apa yang ada dalam hati di waktu dan ketika tu.. buat aku rasa puas.. tapi aku memang suka ngan blog ko.. very the… erm… ‘Normaya’ hehehe

  3. blog akak antara terawal yg kite jumpa time memula masuk dunia blog…

    rasanya sampai bebila dtg baca
    tp nak tinggal komen tu yg malas sikit
    hehehe

  4. hehehe kak ya… ok walaupun ade tips sikit2 pun dah ok…
    tapi betol kak ya cakap yg pntg kene jd diri sendiri…
    go kak ya go go go (sambil pegang bendera nama kak ya) hehehehe

  5. just be yourself kan,
    tulis dtg dari hati,
    dan bukan jadi diri org lain,
    org nak ckp apa ckplah,
    kita tahu siapa diri kita,
    btul x kak mya???:)

Comments are closed.