The Gate Cafe

tengok muka aku sikat rambut yaya.
dah rupa ibu tiri romannya! heh.

yaya nie tak pandai lagi keringkan rambut dia betul betul pas mandi.
kemudian bila kering rambutnya sudah terbengkok ke sana sini.
tu yang aku geram tu.
bebel bebel suh dia keringkan rambut bebetul, kemudian sikat ke dalam.

dulu rambutnya kerinting senang kerja.
sikat sekali je lepas mandi. pastu biarkan.
nanti molek jer kerinting nya tak yah sikat sikat dah.
tapi lepas potong pendek, terus kerintingnya hilang. sadis..

masa nie tengah siap siap mau keluar makan.
hari yang lepas balik dari lumut tu lah.
harus mama tak masak, maka nya kita makan di luar saja deh..

aku teringin nak makan steak.
ingat nak gi KE corner. tapi adil cadangkan ke the gate cafe.
so ke sana lah kita iyer.

drinks.  air tembikai nya sedap oh..
fresh dari ladang.  adil up sampai 2 gelas.
aku ngecek yang encik z punya. memang sedap.

kami try dim sum ini.
takde dalam menu tapi kira cam pengenalan gitu.
aku, adil ngan yaya jer makan.
encik z ngan mama awal awal sudah tolak ke tepi.

ini tak ingat namanya.
tapi kira cam kepingan ayam disalut tepung lalu digoreng.
ok ok la..

ok hidangan pertama ialah nasi goreng USA.
presentation macam bersepah sikit kan.
pastu nasinya pun adalah kuning. bukan putih seperti kebiasaan.

hidangan kedua nasi udang butter.
pilihan mama. sedap. kalau tak, masakan 3 tangan menyucuk di waktu yang sama.


: : singer menawan keluarga bahagia : :

combo.  ada ayam.  daging.  hotdog. ngan sayur mayur.
pilihan encik z.

steak saya.  dagingnya lembut. juicy dan tender bak kata orang putih.
cuma kalau picitkan mayonis atau thousand island pasti lebih enak.

pencuci mulut. aiskrim bersalut coklat.
yummy yummy….

bayar time.  total semua kurang lebih RM98 begitu.
agak memahal la kot.

pada sesiapa yang ke taiping, atau orang taiping, boleh la try makan kat sini.
lokasi adalah di simpang 4 jalan menghala ke taman tasik taiping.
belakang kedai makan bomba.
kalau rasa taknak makan kat the gate cafe, boleh makan kat restoran satay kajang.
sebelah sebelah jer.

KRITIK & SARAN :

Lokasi & Parking : 3 bintang (sebab kena bayar parking)
Makanan : 3 bintang (bagi sos & mayonis sesiap please..)
Minuman : 3 bintang (air mangga masam bebenau)
Servis : 3 bintang (tak boleh pakai debit card)
Harga : 2 bintang

6 thoughts on “The Gate Cafe

Comments are closed.