Tempat Jatuh Lagi DiKenang, Inikan Pula Tempat Bermain

kan aku kata hari tu balik taiping aku lalu jalan lama kan…
kemudian ada lalu kat sungkai.
aku pun cerita lah ngan encik z yang dulu masa kecik kecik aku duduk kat sungkai nie ha.
masa tu arwah abah kerja kat stesen keretapi sungkai.
kenangan indah yang teramat amat indah.

eh mungkin ramai yang tak tau kot sungkai nie kat mana.
Sungkai adalah pekan kecil yang terletak di antara Bidor dan Slim River dalam daerah Batang Padang.

aku lahir kat taiping. sebab mama balik taiping beranakkan aku.
kemudian balik ke sungkai semula.
masa kat sungkai nie kan, arwah abah pernah cerita.
dia selalu kena usik usik dengan momok.
yang selalu kena momok momok nie main ketuk ketuk pintu u.

tapi arwah abah sorang yang berani.
arwah abah keluar pusing satu rumah.
sambil jerit jerit panggil ‘mana kau.. mana kau..’
tapi takde plak momok tu muncul. saja ngusik arwah abah ler gamaknyer yer.
keberanian arwah abah macam ala ala si bulat, adik abang long.
dia pun selalu kena usik usik kat tempat kerjanya di mas cargo sana.

kitorang duduk sungkai sampai aku umur 5 tahun jugak kot.
sebab tadika aku ingat aku dah masuk tadika kat johor bahru nun.

masa tu kat sungkai nie kitorang duduk quarters KTM.
dekat jer ngan stesen keretapi sungkai.
tak semena mena masa hari tu encik z kata jom lah kalau awak nak pergi tengok tempat permainan awak dulu.
so set GPS. tak sampai 2km pun dari tempat kami stop tu.

of coz dah lain benar stesen keretapi sungkai nie.
dulu aku ingat belakang quarters kitorang duduk tu, ada satu kawasan berpasir menggunung yang tinggi.
tiap kali petang jer mesti aku lari lari main kat situ.
saujana mata memandang.
tak dapat nak explain kat korang.
tapi memang indah. walaupun aku masih kecik masa tu, tapi semua pun masih segar dalam ingatan.

aku cari quarters yang kitorang duduk dulu.
tapi macam tak kelihatan. ntah aku yang tak jumpa atau dah roboh buat rumah baru kot.
walaupun kejap je singgah kat sini tapi kesannya macam mendalamlah.

really miss my abah. alfatihah untuk beliau di sana…

8 thoughts on “Tempat Jatuh Lagi DiKenang, Inikan Pula Tempat Bermain

Comments are closed.