Teluk Batik Yang Meramai

dari hotel ke teluk batik dekat jer pun.
so sekejapan magis kami sudah sampai di teluk batik.
tapi kan…. bapak ramainya orang haihhh…
pusing pusing lebih lapanploh kali cari parking..
lepas dapat parking  yaya ngan mama terus melaju menuju ke tepi pantai.
dedua pun sudah tidak sabar mau mandi laut.
aku? memang tak lah….

malangnya……. manusia meramai oh…
dah ala ala macam baywatch dah.
penuh di setiap ruangan di tepi pantai. pun jua di dalam air.
nak selit selit pun cam tak sesuai jer.
akhirnya mama kata tak payah mandi laut lah.
esok jer kita mandi swimming pool.
nasib baik yaya nie anak yang baik. memang memahami.
takde merajuk meragam ke hapa. dia angguk angguk saja.

jom mommy belanja aiskrim!

nak!

duduk di atas batu lalu menikmati aiskrim cap ayam.
kenapa aku kata cap ayam?
sebab semua aiskrim nya diplagiat dari jenama aiskrim yang famous.

sementelaah tak boleh lepak tepi pantai apa lagi mandi manda, makanya kami jalan jalan jer di sekitar kawasan teluk batik nih.
sambil main sembunyi sembunyi 3 beranak.
mama dah hilang dah pi cari tshirt untuk caca.

suka sangat gambar nie!
mommy love u yasmin! (L)

kelakar plak aku tengok gambar yaya  yang nie.
dia diri tegak dah macam karektor kartun.
tocang 2 dia tu dah rupa sesungut sudahnya.

nampak aku tak belakang pokok tu?
masa nie main sembunyi sembunyi 😉

muzium siput nie dah tutup pukul 6 petang.
so tak dapat masuk dalam, bergambar saja lah.

lagi gambar tuan tanah kedaung.

ok kita selitkan sekeping gambar suami kepada tuan tanah kedaung.
berisi banyak dah encik z. tapi aku ok jer

oh yaya kena gigit semut api.
tempat kitorang lepak makan aiskrim tu memang banyak semut api.
aku dah remind dia dah. tapi nak terkena jugak huhu.

jalan nak keluar dari teluk batik nie punya lah jem menggila okkk…
walhal nak keluar ada la kot dalam 3km jer.
tapi dekat sejam kitorang stuck dalam nie.  haisshhhh….

kitorang melencong ke marina island untuk solat maghrib.
dan kemudian makan seafood di lumut ikan bakar.

TBC……

8 thoughts on “Teluk Batik Yang Meramai

  1. eceh..eceh..tshirt pun harus sejiwa ok…ko hado? 🙂
    sy pun suka gambar akak dukung yaya tu..
    cam teringat time dukung diaorg time kecik2 kan?

  2. Klu during CNY holiday ari tu blk kg 4 sure da mmg pakat jmpa akak..he..he..he..kampung saya kat Sitiawan jek so Lumut n Teluk Batik tur mmg kwsn permainan…

    Teluk Batik mmg le jd tumpuan cz kt area sana mana ader lg tarikan atau tmpt perkelahan..tp ader satu tmpt perkelahan, Teluk Senangin cuma kluar sikit dr Bdr Sitiawan n Lumut..kitaorg klu cuti mcm tur mmg x jengah la Tlk Batik.

    Da alang2 smpai Lumut naper akak x g Pangkor?

    • sbb 1 hari je pun pegi dik. tu pasal tak gi pangkor.
      lagi pun manusia meramai kat jeti tu akak tgk.. takpela next time kot 🙂

Comments are closed.