Sini Ada Hantu!

hari isnin hari tu lepas office aku ajak encik z gi midvalley.
tah rasa membosan plak nak balik rumah terus sementelaah esoknya tu cuti maulidur rasul kan.
kami ke midvalley.
usha usha kat GSC. nak nonton filem apa yerh..

tengok yang paling awal ada ialah filem sini ada hantu!
aku yang suka nauuu nonton filem hantu nie apa laga, terus cam dengan kuasa kuku besi terus pi beli tiket.

filem nie mengisahkan tentang ah meng & bakri, pekerja delivery service yang dalam perjalanan mau hantar mayat bapak boss dorang ke satu tempat (tak disebut la plak kat mana)

dalam perjalanan tu, diorang bersembang la pasal hantu melayu, hantu cina dan segala jenis hantu.
dan kemudian dimasukkanlah cerita tentang 3 jenis hantu.

hantu yang pertama ialah hantu pokok pisang.
aku tak pernah dengar plak pasal hantu pokok pisang nie.
kalau ko ikat kain merah dari pokok pisang belakang rumah ko, sampai ke katil ko.
nanti memalam hantu pokok pisang yang cun melecun macam fasha sandha akan muncul.
tapi siapa yang buat gitu, pasti lah akan menerima hakibatnya.

hantu yang kedua ialah hantu nombor ekor.
cerita nie pun aku tak pernah dengar gak.
ko naik atas bukit kubur cina, ko mintak nombor ekor.
tapi jangan salah ikut arahan.
jangan nak guna darah anjing la, darah ayam la..
nanti hantu tu akan ikut dan bunuh ko.

honestly dua dua cerita di atas agak memboringkan lah.
banyak nauu adegan cakap cakap.
tapi bila masuk hantu yang ketiga. iaitu hantu asrama.
best oh… kelakar.
cerita nie cam biasa kita dengar la.
tapak sekolah atau asrama, dulu tempat tentera jepun mati kena bunuh.
korang pun biasa dengar kot kan?

ada 4 sekawan dalam kisah hantu asrama nie.
semua pun kelakar. keras keras perut aku gelak.
tapi saspen jugak. cam ko nak tau apa jadi lepas nie.. gitu…

sebut pasal hantu asrama nie, aku dulu pun penah duduk asrama gak.
masa form 1 kejap kat JB. pastu masa kat politeknik PD.
alhamdulillah aku tak pernah ler terjumpa jumpa hantu momok bagai masa tu.
bila ingat balik, toilet jauh gak dari bilik aku.
tapi masa tu aku cam berani jer.. sekarang je cam pentakut sikit sikit.

last but not least, ditunjuklah adegan bakri & ah meng dah nak sampai tempat yang dituju. boleh plak van rosak tengah tengah hutan.
ok masa nie adegan lawak sangat seh…
aku tak mo la cerita kat korang apa yang terjadi.
tapi bagi aku memang kelakar.
kira pendukung utama filem sini ada hantu nie memang bagi kat diorang berdua.
selamba jerrrr lakonan diorang.

ah meng kata ‘hantu melayu susah la.. nak kena pegang la.. nak kena gigit la.. nak kena hihihihihihi la. hantu cina senang’

korang gi tonton eh.. aku sarankan.. (Y)

10 thoughts on “Sini Ada Hantu!

  1. mana lg best kak??ngankung ker citer nie???huhuhuhuhuh nak gie tgok tetapi sejak kawin nie cm dh malas jer nak gie tgok wayang…

Comments are closed.