Marina Island & Ikan Bakar Lumut

memang melencong ke marina island nie asalnya sebab nak solat maghrib. so sampai sampai terus cari surau.
bila ditanya orang-orang yang meniaga kat sini, surau memang takde.
diulangi memang takde.
gempar okkkk….
tak kisahlah kalau kata marina island nie cina punya ke pun, tapi takkan lah takde sorang melayu pun yang terpikior kata nak buat surau kecik kat sini? sadis okk…

dah alang alang sampai, kami pun pusing pusing la sekitar.
memang tidak dinafikan marina island ini adalah cantik.
marina island nie kira jeti pilihan ke 2 kalau ko nak ke pulau pangkor.

tak lama pun kat sini. dalam 20 minit gitu.
kemudian terus zasss cari makan.
taktau pun kat mana ada kedai makan yang best, so memang main redah jer la. nampak jer kedai makan, terus aku suruh encik z stop.
kami makan di ikan bakar lumut.
jangan ko tanya aku kat mana kedai makan ni yerh.
harus aku tak ingat.

hazabb jugak la menunggu makanan sampai.
bapak ramai nya orang haihh.. tak putus putus keluar masuk.
taktau la sebab makanan kat sini sedap ke atau memang tempat nie dah famous amous.


: : yaya & mama yang membosan menunggu : :

kami order seperti dibawah :-


: : kailan goreng & udang butter : :

benarnya nak kailan ikan masin. tapi ikan masin takde la pulok.
udang butter tu ok ok jer.
masih terbayang udang butter di bagan lalang. huhuuu..


: : siakap sweet & sour : :

ok ok saja. aku rasa aku tak berapa berkenan kot masak sweet sour nie.
tapi mama yang request. makanya aku bedal jugak.


: : sotong masak cili : :

yekkkk tak sedap. sotong macam tak masak. kenyal semacam.
aku makan seketul jer.

tapi total makan harganya murah aku rasa kat sini.
semua semua di atas. nasi putih 3 pinggan.
air buah 4 gelas. semua cuma RM48.00. murah kan?

8 thoughts on “Marina Island & Ikan Bakar Lumut

  1. kalau time CNY nie..kene plak coti deret2 camtuh..usahkan hotel..laut..kedai2 cenderamata..R&R..highway…semua pax..sampai kodai makan pun sama gak..berjanggut nunggu order..tapi ada kedai mkn or tmpt soping2 gerai..dorang tokey pow kaw2 harga xhenggat masa nie..

Comments are closed.