Kashaf Imani

siapa nonton kashaf imani hari khamis lepas?
siapa yang nonton meh give me 5!
siapa yang tak nonton plak, ish ish ish.. rugi oh..
kerana cerita ini adalah terbaik…

Kashaf – nama watak lelaki yang dibawa oleh beto kusyairy.
Imani – nama watak perempuan yang dibawa oleh sharifah amani.

Kashaf ini menurut satu sumber maksudnya dianugerahi mata hati lalu terbuka hijab antara makhluk dengan Tuhannya dan dapat melihat alam ghaib, dapat membaca hati dan bisikan orang lain atau erti lainnya terbuka hijab, nampak sesuatu yang ghaib melalui pandangan hati, seolah-olah benda yang nampak itu terlihat nyata pada kedua-dua mata ATAU yang pendeknya pengetahuan yg tersembunyi.
Manakala Imani bermaksud kepercayaanku.

Wallahuallam.

Kashaf – A dreamer, a type of humat that lives in a completely different reality from the rest of the world.  Very mysterious and overall a nice creature with hidden qualities.

Mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej.

Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma.

Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu keluarganya bertaubat.

Kredit : sensasi selebriti.com

beto kusyairy nie berlakon best sangat oh bawak watak kashaf.
aku pernah jer nonton lakonan dia before this.
first sekali masa drama LIMA. pastu filem SINI ADA HANTU pun dia ada berlakon gak.
tapi taktau la, lakonan dia dalam kashaf imani nie cam terkesan sangat.

dia nie nak kata handsome takde la sangat kan.
jambu pun jauh sekali.
tapi dia cam ada karisma la aku rasa.
nak nak masa dia tanya kat imani ‘awak suka saya yer?’
vavavavavaa…. terus aku yang jawab yer yer yer’
encik z terus hempuk kepala aku. ha ha ha ha..

esoknya terus cari facebook beto kusyairy.
laju laju like.
dan cari twitter dia jugak. pun laju laju follow.

pastu belek belek profile dia.
sekali dah kahwin uolls. hancur harapan.  (U)  ha ha ha..
encik z apa laga, laju laju gelakkan aku.. chaitt..

takpe, walaupun u dah kahwin, sokongan i tatap pada u beto..
u go boy.. (Y)

dialog antara kashaf dengan kawannya.
kurang lebih. aku dah lupa yang sebenar-benarnya..

kita muda lagi beb. takkan kita mati esok.

kalau kita mati esok?

kita sama sama merangkak dalam neraka lah… (sambil gelak)

besoknya tu memang kawan dia mati uolls..
takut tak? takut kan.. huhu…
(takut dok takut tapi tak insaf insaf gak.. cena ko normaya?)

sambil nonton sambil ko layan OST nya.
tiada duka yang abadi nyanyian opick.
best sungguh oh lagu nie…

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiringi
Hati yang rindu tanda cinta dijalan-Nya
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

nak download KLIK SINI.
youtube aku dah campak kat SANA.

22 thoughts on “Kashaf Imani

  1. kami mula2 tengok beto khusyairi dalam geng surau… memang dia berlakon best.. bersahaja gitu.. pastu kami memang tau dia dah kawen.. hik hik hik..

    eh komen tadak kaitan ngan drama lah :p (kena tunggu ulangan la nih)

  2. Uwaaaa…. shrek pun meleleh airmata tengok drama ni..
    banyak pengajaran kite boleh ambil dari drama ni…
    tapi xtau r manusia nk berubah atau tidak.. ikut hati masing2..
    nak berubah n sedar untuk kebaikan atau keburukan dengan dosa…

    hihihi.. pasal Beto tu.. mmg bekesan die bawa watak..
    dalam Geng Surau pun bagus lakonan die..
    tapi malang nyer udah bekawin yeop.. melepas la shrek…
    cedih3.. apapun shrek ttp sokong Beto..

    Last sekali : I Love u Sis Maya..

  3. saya tengok citer ni sambil di ganggu oleh keisha.
    Wpon diganggu tatap tengok sampai abis, bangga..

    sebab selalu tengok satu2 citer, mesti tak dapat tengok sampai abis, sebab keisha nangis2 nak tido, bengang jerk.

  4. Sy pun tgk gak citer tu.Memang best gilerrrr…
    rugi kalo saper yg xtgk.hehehehe.Sayang Astro xder ulangan citer tu.Mula tgk Beto dlm Geng surau.Dia memang berbakat,slumber.Rupa paras xpenting,yg penting bakat,kan?
    Gandingan ngan Amani mmg masuk,comel sgt.
    100 bintang la utk pengarah & pelakon dia!

  5. saya pun ada tgk cter kashaf imani aritu tak gerak langsung slama 2 jam berturut2 semata mata kerana nk tgk lakonan beto..mmg best…takleh tergambar bestnya..if i can give the award of the best director i would give to his director..chaiyok2..
    next day g buka fb beto.. skali tgk dia dh kawen sume member yg peminat setia beto(include me).menangis2 teresak2.coz.hahaha patah hati..anyway wish beto khusyairi gud luck in the world and after the end of the world.amin.

    • tak silap saya yg mengarah cerita nie azma yusoof kan..
      gabungan azma yusoof ngan beto kusyairy.. mmg meletup..

  6. cerita yg wajib diberi pujian.. mempunyai banyak pengajaran …
    sungguh berkesan watak-wataknya… yang bestnya.. nama kashaf tu ada kene mgena ngan aku wakakakaka 🙂

Comments are closed.