Happy 4th Birthday Zulfan!

matikla aku paling ketinggalan train update pasal birthday si zulfan nie ha..
bloggers lain semua pun dah update.
maapkan aku yer amy… huhuuu…

: : (G) untuk zulfan : :

so kekdahnya di satu hari yang permai pergilah aku ke rumah amy.
memenuhi tuntutan jemputan birthday party zulfan yang ke 4 tahun.
dari jasmine ke rumah amy pun sekentut saja.

majlis start kul 3 petang. sudahnya 2.45 petang aku laki bini dah terpacak kat bawah apartment si amy.
so tunggulah sampai pukul 3 petang, baru naik.
hujan melebat u masa nie..

sampai sampai tengok makanan adalah membanyak.
ada laksa, ada nasi daging, ayam goreng, nuggets.
tapi paling terkagum kagum bila nampak mesin membuat ABC nie.
kelas ko…

apa laga, terus la belajar buat ABC versi normaya!
plak tu dia punya bahan bahan banyak okk..
kalau ko gi kedai pun tak boleh dapat meriah cenggini tau.

pastu layan ABC sampai 3 kali! begini wa cakap luuu…
sib baik masa nie memang takde orang lagi kan.
so makan lah tanpa rasa malu gitu..

see…
kami laki bini 2 ketul jer yang ada.
gambar dicuri dari blog amy. tumpang lalu amy…

tak lama lepas tu baru ada tetamu lain sampai.
dan yang aku kenal ialah oli. pernah jumpa dulu masa treasure hunt digi, pastu jumpa kat satay station masa birthday cintawanie.
dan kali nie jumpa lagi.
sawbebe masih comellllll seperti duluuuu…
keletah sangat tau dia nie..

dipendekkan cerita, apabila tetamu meramai, majlis memotong kek pun dimulakan.
happy birthday zulfan!
jadi anak yang soleh, dengar cakap mama & papa k..

ini kisah benar yer.
blogger jutawan nyaris terkena simbahan air panas teh tarik.
tapi jangan risau kak noor, blogger jutawan kata tak saman kan? hikss..

aku sedang menghasut kakred untuk letak segala bahan di dalam ABC.
walaupun tak tau apakah ia, tapi letak jer bagi penuh dalam mangkuk ais tu.

kemudian kami sama sama menepek di dinding menikmati ABC itu.
yummy yummy…

dan kemudian tuan tanah pun sama menepek.
bak kata ko noq, ada ker orang makan hati kita letak tangan atas paha, atas bahu, atas pinggang blogger jutawan nih?
ai tak ampu yer… nehi nehi nehi..

kelihatan sipi sipi dalam gambar ialah dee & kak noor.
salam kenalan korang! 😉

last but not least, aku dapat prezen dari blogger jutawan aka kak red.
tq kak… suka la.. wangiiiiiiiiiiiii (Y)

lastly, tq amy for the invitation!

14 thoughts on “Happy 4th Birthday Zulfan!

  1. wahh sbb yer cameraman ko tangkap aksi blogger jutawan terkena air panas…. boleh jual gambar tu.. kekekeke

    thanks for coming!!

  2. minyak wangi sama arr kita….start nyembur bau nih dr thn 95 masa tuh bru korje dh pegang duit gaji sendirik..rega pun ratus gak..dari dolu dan selamanya EL totap dihatikuuu.. 😀

Comments are closed.