From Taiping With Love

cuti panjang last week aku balik taiping.
2hb tu aku amik annual leave.
selasa tengah hari yang cuti hari wilayah tu, terus gerak pulang.
encik z ajak lalu jalan lama lagi. layannn..

sampai taiping kul 5.30 petang.
makan dan rehat jap. pastu terus keluar nak gi jemput yaya kat sekolahnya.

memula cam nak sorok sorok dari ia, saja la nak tengok adakah dia cuak bila tengok takde orang jemput.
sebab selalu pun mama seawal minit pertama dah terpacak tunggu yaya.
tau la orang tua kan, cucu sulung plak. duduk ngan dia lagi.
harus lebih tumpuannya.

tapi tak jadi aku sembunyi sebab kesian plak tengok dia dok heret beg sekolahnya.
alahai kemain mencomot lagi.. tapi tatap somel di mata saya sebagai ibunya 😛

terus masam masam muka marah ayah nya sebab ia la, member tengah penat penat mencomot, tetiba ayah asyik la dok nak amik gambar kan.. he he..

malam tu aku kerah tenaga dia suh siapkan homework.
sebab kata nak jalan jalan pi lumut tu kan..
pastu plak encik z kata selagi tak siap homework, tak dapat permainan yang ala ala playdoh tu.
so gigih la member siapkan.

keesokan harinya, aku ingat nak pi dentist.
tapi 3 klinik gigi semua pun katup. aterrr klinik cina.
haruslah doktor gigi pun mau beraya. kenapa ko normaya.
iya iya la…
so plan nak jumpa doktor gigi terpaksa dipostpone.

aku terus ke post office. mau masuk duit sikit dalam ASB dan ASD yaya.
selalu raya pun dapat duit, tah mana mana melayang.
kesian la kan kat yaya.
so aku tambah la sikit dan masukkan.
esok lusa susah susah, ada la duit untuk yaya buat gitu gini.

ye la, dah bercerai nie bukan boleh nak harap lagi duit apak nya yang di sinun.
tambah tambah sok kalau apak nya udah menikah lain.
udah banyak kes berlaku pon.
so yaya, kita menabung sendiri sudah.
tak yah harap sesiapa nak bagi kita duit.
yang penting, satu hari nanti insyaAllah ada rezeki mommy akan bawak awak pegi universal studio kat singapore nun. mommy janji 🙂

sebelah petang, hari tak hujan. kami ke taman tasik taiping.
yaya dok leka main gelongsor, main buaian.
aku ngan encik z melepak di tepi. amik udara. borak borak.
tenang sangat rasa (L)

semoga kasih kami berkekalan (tetiba mood jiwang)
seriously, bila bertiga tu kan.. aku rasa cam bahagia sangat.
tambah plak bila tengok encik z layan yaya.
tak macam anak tiri langsung langsung.
iskk tetiba sadis plak menaip nie.
ok dah dah.

dari taman, kami pekena laksa dan ABC.
eh aku je la yang makan. diorang dua mengenyang.
sedapnya oh laksa kat sini.
tempat makan nie berdepan je ngan playground kat taman tasik tu.
sapa orang taiping yang tak tau, harus buang daerah tehehe..

keesokan harinya pulak, pun aktiviti biasa kalau balik taiping.
gi shopping barang barang sikit untuk keperluan yaya dan mama.
ke giant saja. dekat ngan rumah. dan senang parking semua.

from taiping with love.
saya cintakan taiping kerana banyak kenangan dan kesayangan saya di sana.

21 thoughts on “From Taiping With Love

  1. touching la baca citer kak maya kali nih…;-(
    semoga kak maya bahagia & ceria2 selalu…

  2. terharunya baca kisah nih ;-( …ajal, maut, jodoh tuhan dah tentukan, mmg cinta pertama itu selamanya dihati tetapi cinta yg selepasnya pasti akan lebih erat dan utuh kan mya (L) …sy harap mya bahagia forever n ever 🙂 , tetiba teringat drama trilogi cinta lah pulak… 😀

  3. aku heran lar maya…. kat taiping tu x pernah nyer aku jumpa kedai makan sedap..

    aku kalo balik kpg, rasa bosan memalam aku ajak laki aku ronda cari makan kat taiping… tp tulah… mahal jer tp sedap ntah ke mana…..

    bole x, kalo aku balik kpg then ko pun ada kat taiping… ko bawak aku g makan sesedap… lagi sedap kalo ko blanja… hahahhaha

    • ikut kan takde la byk sgt tmpt mkn kt taiping nie.. tapi takde la cam takde langsung.
      aku selalu balik taiping hujung bulan..

      ko penah gi kueytoew doli? sotong kangkung belakang bomba? KE corner?
      selera malam kat kamunting? bihun sup seringgit? lagenda? panorama?
      terbaru the gate cafe. ko kena pandai cari la kot..

    • aah.. dia excited bila kata nak pi jalan2 lagi.. esok besar kaki jalan mcm mommy nya juga kot

  4. Hai, Assalamualaikum semua…

    Tidak keberatan saya ingin mencelah sebagai orang taiping untuk menjemput para hadirin sekalian untuk merehatkan minda membaca kisah pra-sejarah yg ramai terlepas pandang ini:

    Sejarah Cinta Milik Taiping

    Dengan mengkaji dengan lebih mendalam, serba-sedikit kita akan dapat menghayati asal-usul kita. Ok. Thanks. 😀

Comments are closed.