Boss Terbaik Saya

nie lah boss aku. lebih mesra dengan panggilan kak as.
tak perlu nak berpuan puan.
aku kenal dia lama dah masa dia joint JDSP dulu.
tapi masa tu tak berapa mesra rakyat sangat.
sebab kami lain floor.

kemudian aku pindah ke MyClear.
tak lama lepas tu, kak as pun masuk MyClear jugak.
sejak dari hari tu, aku ngan kak as rapat.
bukan nak ampu atau membodek, tapi kak as nie antara umat manusia yang terbaik pernah aku kenal.

walaupun berjawatan tinggi, tapi tak pernah berlagak ke apa.
tak dinafikan mulut dia pot pet sikit, tapi aku lebih suka orang macam nie.
mulut je pot pet, tapi hati baik.
aku ada masalah apa sekali pun, semua boleh jumpa dan bincang dengan dia.
tak pernah ada rasa ragu or berprasangka.

ini plak anak-anak dia. ada tiga orang.
semua pun aku kenal.
kash, nadirah & sarah.
comel kan? selalu senyum dan sentiasa happy.

aku gembira sangat bila kak as tanya nak masuk RSA tak jadi assistant dia.
walaupun bermacam onak ranjau berduri nak kena lalu masa proses pertukaran, alhamdulillah… dah hampir 4 bulan aku kat sini.
semua pun gembira.
dan aku rasa sangat disayangi oleh semua.
pendek katanya, mereka mengalu-alukan kedatangan aku ke sini.

kerjaya sebagai setiausaha.
tak kira kerja di mana, tak kira berapa ramai pekerja, tak kira bebanan kerja.
selagi mendapat seorang boss yang baik dan bertimbangrasa, aku kira yang susah pun jadi senang, yang payah pun jadi mudah.

terima kasih kak as, abang nuar, kash, nadirah & sarah.
saya sayang kamu semua.

kak as, saya berdoa kak as akan sihat sejahtera.
percayalah, kak as adalah boss terbaik yang pernah saya jumpa.

15 thoughts on “Boss Terbaik Saya

  1. syukurlah kan…bukan senang nak dapat boss yg baik dan memahami kita…selalunya kita jer yg kena memahami diorang… 🙂

  2. akak..
    anak dia ada 3..
    tp kt gmbr 3 org tuh termasuk akak laa..
    hehe..

    untung kan dpt bos baik..
    nk kerja pon hati sng je..
    🙂

  3. kita lebih rasa beruntung,best bila dapat bos yg memahami dan sporting dalam hubungan dan juga tugasan yang diberikan…
    tiada hadiah hebat yg diminta…segala amanah yang diberikan dilaksanakan dengan niat ikhlas dan jujur untuk rezeki..part paling best bila segala hasil keja kita DIHARGAI…masa tuh rasa senyom pun leh sampai ke telinga…kaki pun tak jejak lantai.. 🙂

Comments are closed.