Blue Bay Resort Lumut

ok kita mulakan kisah cuti cuti lumut aku yerh.
aku gi 2 hari 1 malam saja. macam aku bagitau hari tu la, saja nak bawak yaya jalan jalan.
cari punya cari punya cari, dapat hotel kat lumut.
itu yang zasss jer. ok la dari takde langsung kan.

hari jumaat tu gerak kul 11.30 pagi lebih kurang.
perjalanan lebih kurang sejam setengah gitu.
stop kat masjid sebab encik z mau solat jumaat.

parking bebetul sebelah van jual air soya nie ha.
saja nak tengok kebijaksanaan yaya membeli makanan dan mengira duit. aku monitor dari dalam kereta. ok lulus. (Y)

panas nunggu dalam kereta, so kami 3 beranak lepak di bawah pokok di tepi longkang.
minum air soya dan makan taufufa.

pastu terus check in hotel.
kami stay kat hotel blue bay.
sekangkang monyet je dari hotel ke tengah pekan lumut nun.

hotelnya pun ok. boleh tahan.
harga RM170 tapi sebab aku book thru agen, makanya jadi RM190.
amik extra bed kena caj RM35.
tapi bilik boleh tahan luas.
cuma yang tak syiok coverage broadband digi adalah tersiput siput tersemput semput.
wifi nan ado. kalau nak kena bayar.

kalau tak bergambar depan cermin cam tak sah je kan.
btw blouse aku tu dari belle. baru dibeli beberapa minggu.
kaktin pun ada sehelai.  beli together gether (H)

lepas check in, rest & solat, terus keluar cari makan.
lapar oh…
nampak ada kedai makan dekat dekat hotel nie, so kami ke sana saja.
malangnya dah tak banyak pilihan.
nasi nasi semua takdak.
yang tinggal cuma sup.  sup pun kita sesah lah!

lepas makan balik bilik sat, tukar tukar baju.
kami gerak ke teluk batik piula…

10 thoughts on “Blue Bay Resort Lumut

  1. Penah la a few times ke Lumut ni.. Dok Blue Bay gak..but susah giler nak carik tmpt makan yg besh.. Ada tmpt seafood pong menunggu order & dia masak jer dkt 2 jam.. blom mkn lagik.. nasib baik sedap.. 🙂

  2. I thought i memang dah visit ur blog..and truely is waktu tengok portfolio kak emilia hari tu..Thanks for dropping by and your dollies family looks cute and cool jugak..

  3. aku balik pangkor itu hari pun tarak sempat mau singgah jenjalan lumut. tak pe ada kesempatan harus di ulang tayang nanti hehe. dari highway membawak ke Lumut ni mak oi jauh gila kan nyah? *memandu ngan mood pasrah* :-[

Comments are closed.