Bihun Sup Tengkera

dari malacca river cruise tu kami pusing pusing sekitar pantai klebang.
kemudian aku suggestkan kat encik z kita pi makan bihun sup tengkera.
berpandukan GPS, sampai lah kami ke tempat kejadian.

dulu masa aku dok melaka, ex aku selalu bawak aku makan bihun sup kat sini. jadinya cam tetiba teringat dan teringin gitu.
heyyyy bukan teringin teringat kat ex aku yer.. ko gila?
teringat teringin nak makan bihun sup tengkera ini.

masih terbaik yawwww…. sedap sehingga menjilat lidah sendiri.
siapa orang melaka yang tau pasal bihun sup tengkera nie, sila angkat keyboard!
masy, tau tak?

ko up plak ngan pepper & kicap ini.
begini (Y) wa cakap lu… perchayalah…

yaya pun dok angguk angguk kata sedap.
meramai ok umat manusia makan kat sini.
bukak pukul 4 petang. tapi kul 3.45 cenggitu dah ramai dah berkeliaran.

kami up jugak ngan popiah basah dan popiah kering.
masa dulu dulu takde tau. sekarang jer kot baru ada.
yang dua dua nie pun ya ampunnnnn sedap tidak terperi…

yaya menghirup kuah sehingga ke titisan terakhir.
budak kalau dah makan sampai titisan terakhir, lu pikirr la sendiri.

kedudukan bihun sup tengkera nie berdekatan ngan masjid lama tengkera.
tu atap zink berwarna biru.
kalau ko gi melaka jangan lupa cari k ..
nie aku dok taip entry nie pun dah cam terliyor liyor rasanya…

20 thoughts on “Bihun Sup Tengkera

  1. wauuuu…yumi yumiii…ai nih bab2 sup mengsup nih berhantu…esok ai gie melaka cousin kawin kt pulau gadong dkt2 pantai klebang sana..harus aku mencari ini tempat..yess yess xsambar…klu jumpe nti ai buat post mortem erk… 😀

  2. oh, mya!
    me and fad pernah makan kat situ, DIA bawak sekali.
    Lepas-lepas tu bila kitorang sampai Melaka nak
    ke situ cam dah hilang arah, sesat barat jadinya.
    Sampai sudah tak jumpa!!!

    • yer yer i pun jua igt peristiwa kita mkn sama2 itu.. he he..
      lenkali u nk gi just cari masjid tengkera.. pasti jumpa 🙂

Comments are closed.