Berjumpa Pembaca Setia & Pengomen Setia

masa aku gi lumut hari tu kan..
aku sudah berjanji setia mau berjumpa dengan 2 orang readers aku.
memula aku cam segan segan oh..
yer la, aku bukannya blogger haibat pong..
cuma blogger picisan yang menenggek di tepian saja.

tapi sebagai blogger, kita harus mempunyai hubungan yang baik dengan readers.
baru lah rasa dekat gittew..
hari pertama kat lumut, aku jumpa ngan mas.
tq mas.. sesusah datang dari setiawan sana..

jumpa kat hotel jer. borak punya borak, baru la ketahuan yang mas sudah baca blog aku dari dari tahun 2006 lagi. setia tak setia nya mas nie..
akhirnya ketemuan juga kita kan mas..
thanks sebab bagi sepaper bag sotong & buah limau.. 🙂


tu kawan office mommy ke?

tak. kawan facebook & kawan blog mommy

oooo…

hari kedua plak aku jumpa ngan watie.
watie baru baru jugak baca blog aku.
tapi beliau adalah pengomen yang setia.
tak caya cer tengok kat top commentators kat sebelah nun.
watie nama mu teratas kan?

sempat jalan jalan ngan watie & family nya kat taman paya bakau.
tapi cam biasa lah, tu nanti aku up kan entry lain.

oh, watie bagi aku sebekas biskut nie.
duhhh aku tak tau apa tajuk biskut nie. tak sempat nak tanya watie.
biskut kacang kot eh watie?
sedap ya hampunnn okkkk…
dalam kereta dah separuh kena ngapp ngan encik z, mommy dan yaya.
jangan tak caya, watie buat sendiri tau biskut nie.
haibat tak haibat nya..

watie, mama saya mintak resepi. boleh bagi tak?



to mas & watie, tq sebab sudi jumpa saya. (K)
dan siap bagi ole ole lagi.. saya jer tak ada apa nak bagi kat korang.
insyaAllah panjang umur ada rezeki kita boleh jumpa lagi..
n thanks sebab baca blog saya yerh..

ada readers lain yang sudi berjumpa jumpaan dengan saya? (H)

22 thoughts on “Berjumpa Pembaca Setia & Pengomen Setia

    • ada jugak plan nk gi terengganu.. sbb office akak ada resort kat sana..
      tapi tu la, tak tau lg bila nya.. kena stay tune hehe

  1. mya, pasni kalau datang sitiawan ke, manjung ke, lumut ke…harus ke rumah sy pulak, tak kessahlah lau rmh kecik tp tetamu harus diraikan begitu…. 🙂 ( resepi?..boleh2, alah kalau nak shout2 jer harus sampai depan pintu opis…hehe )

Comments are closed.