Perbincangan Pertunangan

kita break kejap la dari entry entry harian yer.
kita ke entry yang sepatutnya dipublish terlebih dahulu.
ini pun sudah dua minggu lebih tersangkut kat draft. haiya…

kisah pertunangan adil & yana.
adil nie adik kandung aku yer.
the one and only adik. tu sebab selalu pun kitorang sekeluarga rasa macam dia masih kecik lagi. walaupun sudah umur 28 tahun oh.

yana plak of coz girlfren adil la yer.
mereka berkenalan masa sama-sama belajar kat UMS dulu.
tapi lain lain course. jadi di situ lah cinta berputik katanya. aww..

jadinya 18hb disember hari tu, bersepakat la mereka mau bertunangan.
ramai ramai lah kami ke melaka sana.
yer, yana orang melaka.

tiba-tiba gambar makanan dulu kan.
gambar upload pun dah tak ikut susunan. lantakkan sana.
so ini adalah antara makanan yang disajikan.

aku dah macam wanita umno oh.
baju putih selendang merah.
kata nak ikut tema sangat. hikss…

aku patutnya pakai dress kaftan putih aku tu, tapi ada kejadian terjadi.
langsung tukar pakai baju lain.
hah, tu nanti aku up cerita kat entry lain k..

dari pihak lelaki, ramai jugak.
ada ermm… 7 buah kereta kot?

apa aje la mama & kaklong dok gossiping itu..
aku jadik bibik jaga caca yang dok meragam.

cuba teka yang mana satu yang nak bertunang?
ya benar. yang kanan sekali yer.
yang lagi 2 ketul tu jangan gila gila nak bertunang lagi plak.

aku pun jadik photographer jugak di hari kejadian.
guna kamera mama yang very oldskul.
dia kata dia tak suka nak bergambar dengan kamera kitorang.
makan tahun nak cuci gambarnya.
he he he. em sorry ma..

dah siap semua, perbincangan pun dimulakan.
gitu gini gedebak gedebuk. ok sah!
ek eh… silap. setuju!
wang hantaran sebanyak RM dot dot dot.
tempoh pertunangan selama dot dot dot tahun.

apa aje la mama dok senyum sensorang tu.
happy la kot, anak bujang udah mau bertunangan.

dah setuju semua, jom panjatkan doa kesyukuran.
al fatihah… 🙂

4 thoughts on “Perbincangan Pertunangan

Comments are closed.