New Year’s Eve

31.12.2010.
petang kul 6 camtuh baru aku ngan encik z keluar.
sebab perut melapar, so harus pegi makan dulu.
ke platinum walk, makan bihun sup di ani sup utara.

tengok menu nie. semua jenis sup ada kan.
mahalnya sup lidah. tapi takpe, lain tahun nak try.
pastu ada sup pipi.  pipi lembu la kan? takkan pipi ayam pulak.
pastu sup urat.  teringat makan sup urat.. eh sup usus kot kat perlis hari tu.
nak muntah wek wekk.. tak sedap.
pastu sup keting pun ada.
wah sup gear box mencanak ke RM40 harganya.
ish ish ish…

aku makan bihun sup daging jer.
ngan teh o halia.
kan aku dah kata, dalam biodata aku dah boleh masukkan minuman kegemaran teh o halia.
bukan apa, masa nie migraine menjelma la uolls.
sakit ok berdenyut nyut nyut.
tu yang minum teh o halia dengan harapan dapat la kurangkan migraine tu.
inilah nasib seorang pesakit migraine. sedih.

lepas makan terus gi sengheng.
bebetul jer sebelah ani sup utara tu.
tujuannya sebab aku nak redeem points.
expired hari tu jugak. so macam sayang la kan kalau tak redeem.
tapi bukanlah redeem free free dapat barang yer.
tolak points pastu kena up duit jugak la.


: : aku dah rupa cam hantu kak limah balik rumah : :

aku redeem vakum electrolux nie.
memang dah lama pun bercita cita nak beli benarnya.
vakum begini memang cocok benar dengan aku yang pemalas kedaung nak mengemas rumah.
so pasnie takyah menyapu dah la kan.
ko sedut sedut je la di sana sini..

satu lagi aku redeem dot dot dot.
cehh yo yo rahsia bagai kan.. tak kira la nak rahsia jugak.
tapi benda tu dapat lagi 3 minggu. so terpaksa la bersabar.
nanti bila dah dapat, aku menciwi kat sini k..
kaktin & payiet, sila zip mulut anda yer.

dari situ kami ke uptown cheras.
aku nak gi urut kepala. mesti lega kan kalau dapat urut kepala waktu migraine tengah memuncak.
tapi sebab malam masih muda, so tempat urut tu belum bukak lagi.
jadinya aku ngan encik z lepak lepak minum jap.
pastu baru gi ngurut.

RM10 untuk 20 minit.
urut kepala, leher & bahu.
perghhh… layan habisss…

encik z pun ngurut jugak.
adeh.. terseksi plak laki aku.
tapi sokayy la selagi tak nampak (.)(.) dia kan.
kerana (.)(.) dia hanya untuk tatapan diriku.
bukan untuk tatapan umum di dalam blog.
walaupun kat luar encik z tu separuh bogel sesuka hati jer..
ini namanya ustaz celup celup.
nasihat orang pandai, diri sendiri berbogel. heh.

lepas ngurut jalan jalan dalam uptown tu.
pastu duduk makan minum lagi. haiyaaa…
makan chicken wings & bubur ayam.
rasa bubur ayam nie sebijik yang macam kat mcdonalds oh.

berminyak minyak rambut aku sebab akak ngurut tu lumur dekat setengah botol minyak ko.
dia punya minyak basah cam baru lepas mandi.
tapi kalau air kering la kan.
nie nama pun minyak. harus melicin begitu jer sampai ke sudah.

kul 11.15malam camtu kitorang gerak.
aku ajak encik z lalu kat sebelah dataran merdeka.
nak tengok bunga api.
tapi wajib wajib la jalan tutup nokss..
even nak naik flyover yang kat depan simpang sime bank tu pun ditutup.
sedih tau..

so nak taknak kena la melencong ke kiri.
tapi dah rezeki aku nak tengok bunga api gamaknya.
elok kat traffic lite yang nak u turn tu, bunga api berpercikan di udara.
encik z terus je bagi signal berenti tepi.
abang polis trafik yang ada pun tak kata apa.
dia pun paham orang nak tengok bunga api kot.

lepas kitorang berenti, motor motor nie pun berenti depan kitorang.
dan pastu kereta kereta lain kat belakang pun stop.

aterrr orang takde kamera kann…
snap je la pakai handphone.
tapi happy happy sangat sebab dapat tengok bunga api lawa lawa..
bukan selalu kan…

happy new year 2011 uolls!
walaupun dah terlambat, nak wish jugak 🙂

4 thoughts on “New Year’s Eve

  1. baru niat nak kepoh2 kat sini..
    ada plak ayat awasan, so tak jadi..heh…

    sesapa nak tau menda apa, sila PM kaktin..wakakaka ampooonnn

Comments are closed.