Mari Belajar Bahasa Inggeris

sepanjang tahun lepas aku masuk english class.
office aku yang bayar. takde mananya nak bayar sendiri kan.
harus belajar bahasa inggeris gini, ribu ribu tak lari.

so mandangkan office yang bayar, nama pun terpilih.
jadi sila jangan sia kan yer. so gigihla aku dari januari hari tu dok attend english class.

cikgu adalah bernama cikgu emile dari scotland.
sangat comel, baik dan kelakar.
tak garang langsung langsung.
kira dia amatlah bersabar mengajar dan melayan karenah student yang english nya ke laut macam aku ini.

peringkat awal memang agak meramai la student yang rajin datang.
ermmm tak silap aku total semua student dalam 15 orang gitu kot.
lama lama sorang sorang tak muncul.
ada yang dah gi sambung belajar, ada yang busy, ada yang tak boleh bagi komitmen. begitu lah.
oh yer kelas seminggu 2 kali, sejam sahaja.

aku awal awal dulu cam kemalasan gak.
tapi yer la kata nak pandai kan.. kena la ada usaha.
kejayaan takkan datang tanpa usaha (ini bukan blog motivasi)


: : kak zarina pun ujung-ujung dah tak datang. busy buat payroll katanya. alasan diterima sebab nanti aku tak dapat gaji plak he he : :


: : kak zarina, suli & me : :

memang selalu dalam kelas pun kami 3 orang satu grup.
kadang kadang dengan anita.
syiok lepak dengan dorang nie asyik gelak la sokmo.
ko tau la orang melayu nak cakap bahasa inggeris kan.
harus dok merapek sesajorkk..

last week tiba lah minggu terakhir pembelajaran kami.
sedih lorrr…
so sepakat la dengan beberapa orang untuk chip in duit dan beli something untuk cikgu emile kami yang tersayang itu..

aku beli kad..

pastu semua pakat pakat sign.
anita, suli, ita, kak mazian, daniel, encik mohd noor, kak zarina.


: : thank u from all of us : :


: : with emile : :

ramai-ramai..
daniel, ita, suli, emile, mya, encik mohd noor.
ini jer yang attend kelas terakhir hari tu.

crazy pose kata suli. layannn…
memula aku tak perasan, tapi bila belek balik, si emile pun jelirkan lidah.
so kiyut kan…


: : sekadar gambar hiasan : :

walaupun dah habis kelas bahasa inggeris nie, tapi aku takde la jadik bijak bistari sampai boleh bukak kelas.
tapi memang sedikit sebanyak improve la english aku yang adooo nie..

tq emile… 🙂

7 thoughts on “Mari Belajar Bahasa Inggeris

  1. Erin pun penah belajar dgn cikgu Emile ni…
    tp we all kena gi kat company dorang (kat kl sentral)
    kena la naik komuter tetiap ptg 2 kali seminggu.

    Best kan dia…
    aweks dia org sini kalau x silap.
    dia kata dia faham bahasa melayu, tp dia saje je wat2 mcm tak paham ehehehe 😀 nak test tgk ada sape2 berani kutuk dia in bahasa katanye…heheh 😀

Comments are closed.