Little Pinky Cake Yang Comel

cuti thaipusam hari tu aku ada 3 agenda.
satu satu aku cerita yerh.
memula bangun pagi tu keluar pusing cari kedai florist.
kat setapak takdak, kat rampai biz park takdak.
sib baik aku teringat yang kat wangsa walk mall ada satu.
so ke sana lah.

terus cakap ngan adik bunga tu aku nak sekian sekian.
dia kata akak pergi la jalan jalan dulu, nanti saya call.
aku kata takpe, akak tunggu.
terus adik tu buat ngan menggigil tangannya.
aterr customer depan muka menunggu.

sorry la dik akak buat ko menggelabah. bukan niatku.
lagi pula akak takkan menaga tidak menentu hala.
akak menaga menentu hala. 😀

kenapa ke florist?
sebab belikan bunga untuk boss kesayangan aku, kak as.
kak as masuk hospital. kena buat minor operation.
sebagai secretary yang bertanggungjawab lagi manis lagi berbudi pekerti wajib aku gi melawat kak as.

dah siap bunga, terus zasss ke SJMC.
baru ku tahu SJMC dan sime darby medical centre tu tempat yang sama.
satu keluarga kak as ada kat wad masa tu.
lepak kejap, borak borak dan update hal office, pastu aku ngan encik z pun gerak.

kak as, cepat sembuh yer.. dan boleh masuk office cepat-cepat.
daku merindui bebelanmu. huhu…

dari SJMC, zass ke LEP rumah kaklong.
sudah janji sama caca mau bawak kek sempena birthday kaklong & aku.
eh tapi before that gi jusco equine dulu.
beli kek, pizza & sushi untuk santapan bersama.

comel bangat kan kek nie?
RM20 dibeli di bohemia jusco.


: : wanita warok yang sudah berusia 32 tahun huhuuu : :

ini birthday ibu & mommy ke atau birthday caca?

alaaa.. caca tolong tiup jerrr…
caca tolong potong jer…

ada je jawapan awak kan caca..

caca taknak makan sikit.  caca nak makan banyak.
caca nak makan muka ia..

hidangan simple jer.
pizza, keropok lekor yang liat tak sedap puii puiii, air bandung, teh o..
pastu abang long balik bawak pulut panggang.
eh sushi pun ada jugak.. 🙂

dah lepas lepas makan, aku roger ernie sebab janjinya mau berjumpaan.
tapi dia kata nak jumpa pas maghrib plak.
jadinya terpaksa la aku bertumpang tangga kat rumah kaklong.
memula layan caca main bola, pastu aku masuk bilik dabummm tidurrrr..
ngan encik z sekali masuk tidur.

tapi harus la sebab ada budak bam bam tu, tidur kami tak lena diulit intan.
kejap kejap dia masuk bilik panggil..
berpeluh peluh sakan lari sana sini.
lalu encik z buat demonstrasi lap peluh guna wet tissue..

happy 34th birthday kaklong! 😉
happy 32nd birthday normaya! 😉

6 thoughts on “Little Pinky Cake Yang Comel

Comments are closed.