Kepingin Satay

hari tu kepingin nak makan satay.
hari apa ko jangan tanya, harus aku kelupaan.
tapi pusing punya pusing kat setapak tiada berjumpa.

biasanya ada jer stall kat dua mamak kat bawah rumah aku nie.
tapi tengok cam dah takde jer.
semua pun udah berpaling tadah. menjual sisha.
me dont like sisha. me dont like the smell. very smelly.

keesokan harinya pun kepingin satay.
tetiba teringat ada restoran yang jual satay.
iaitu restoran R & K kat setiawangsa sana.
so ke sana lah kita.

tapi bukan semata mata satay di jual di sini.
ada goreng goreng jugak incase ko datang ngan orang yang nak makan satay.
tapi ko nggak mau.

apple ice & belimbing ice.
apple tak sedap.
pastu 20 cucuk satay daging.
kuah dia tak umphhh la sebab takde sambal merah yang macam kat satay kajang tu.
agak kurang kick la bila ko makan.
aku makan 4 cucuk dah kenyang.

jemput makan semua. sila sila..
huduh nau muncung aku tu kan..

8 thoughts on “Kepingin Satay

  1. Last week pon mek baru makan satay, tanya satay daging, tak de, satay perot, takde, trus menyirap. yang ada satay ayam semata, kedai sikit punya besar like dewan org ramai. Menu sikit punya hebat. Realiti? So lame

Comments are closed.