Blog Maya Dot Com

I Love Click : My Best Travel Picture Contest!

I am a travelholic. Are you? tanya biqque.
YEZAAAA.. 🙂 jawab mya

Sejarah Pengembaraan 2010

Januari = Hanoi, Vietnam
Februari = Perlis
Mei = Pulau Ketam, Selangor
Julai = Lata Kinjang, Negeri Sembilan
Oktober = Kota Kinabalu, Sabah
Disember = Melaka Bandaraya Bersejarah & Pulau Langkawi

tak pernah pernah aku join mana-mana contest yang dianjurkan oleh blogger.
eh pernah ke? rasa tak pernah.
tapi kalau tiba tiba korang rasa pernah, sila sedarkan aku.
aku nie selalu hilang ingatan.

tapi contest yang satu nie tiba-tiba aku menggedik plak nak join.
sebab tajuknya ada tulis TRAVEL.
aku memang suka bertravel oh.
kalau ko pembaca tegar blog aku nie mesti ko pun perasan kan yang aku nie gemar benar berjalan.
tapi nak pergi australia belum kemampuan lagi lah.
motip australia? heh.

target aku nak tour semua negara asean sebelum umur aku 40 tahun.
insyaAllah kalau panjang umur. amin amin.
negeri negeri dalam malaysia, boleh kata semua aku dah pergi cuma nya mungkin tak explore habis-habisan lagi kot.
tapi sarawak dah. sabah pun dah 🙂

aku pernah jugak tinggal kat singapore selama 2 tahun.
tapi ada niat nak pergi jugak dalam masa terdekat nie.
nak bawak yaya pergi universal studio! insyaAllah.

aku pernah pergi hatyai & bangkok di thailand.
pun pernah pergi puncak, jakarta, bandung, medan & danau toba di indonesia.

astaga. panjang rupanya aku merapek yer.
ya ampun biqque. jangan marah no…
ok back to bussiness.
syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut

1) Create an entry with this title : I Love Click : My Best Travel Picture Contest! – DONE!
2) Copy paste the contest BANNER into your post and LINK BACK to this post – DONE!
3) Pick your BEST photo and briefly DESCRIBE about it – DONE!
4) Be my follower. (Optional but it’s a bonus 🙂 – DONE!
5) Leave a COMMENT of your link entry, in this post – DONE!

aku mempertaruhkan gambar seperti di bawah.
gambar ni disnap masa aku & encik z berhoneymoon ke hanoi, vietnam sana.
kami juga ke halong bay. tempat yang sangat-sangat aku mimpikan untuk pergi.

masa aku pergi tu musim sejuk. suhu turun ke 14 darjah celcius.
sejuk plus hujan lagi. memang gigil habisss…
sesuai benarlah untuk orang berkasih sayang kan. awww…

kenangan terindah kami berdua 🙂
dan semoga menjadi lebih indah jika menang contest biqque nie he he he..

    10 thoughts on “I Love Click : My Best Travel Picture Contest!