Graduation & Convocation Yaya : Part 3

dah habis segala program lancing nyani bagai, sampailah ke acara yang ditunggu tunggu.
penganugerahan sijil tamat tadika oleh pengetua pada murid murid.

yeay! telah berjaya mendapat segulung sijil.
makanya tamatlah sudah pengajian yaya di tadika anis itu.
kemajuan? sangat memberangsangkan oh…
dari pertengahan tahun 2010 lagi yaya dah fasih membaca.
alhamdulillah….

yang lain lain aku tak tekankan sangat.
taknak la paksa paksa dia. biar dia rileks rileks je lah belajar.
cuma bagi kata kata semangat jadi nya dia tau kepentingan ilmu pelajaran.
begitu.

eh tak habis lagi acara rupanya.
dah lepas bagi sijil, ada fashion show plak.
memacam la gaya aksi bebudak nie.
pakai baju pengantin lah, baju koboi lah. semua ada.

yaya pakai baju vietnam ia.
aku beli kat hanoi nie dulu.
tapi orang dok la cakap baju cheongsam.
bukan cheongsam la uolls. baju vietnam. ish.

budak lelaki nie buat gaya orang tua.
lagu background plak lagu cari jodoh wali band.
pastu yaya ngan kengkawan dia naik stage buat-buat ngorat.
heee comel jer 🙂

dah habis fashion show, pasang lagu kekuat.
semua dok pakat menggelinjat atas stage tu.
takpe bebudak. kasik can laaaa…
kalau orang tua yang menggelinnjat eieueuieuieueie tak sesuweyy okk…

lepas lancing lancing lapar.
being opah yang sangatlah menyayangi cucu nya, so disuapkanlah cucu pertamanya itu.


: : mommy & yaya : :


: : kami sefamily : :

lega oh dapat habiskan entry nie. vavavava…
tapi aku still hutang entry banyakkkk lagi kat blog ini.
entry kenduri kahwin kat taiping (berjaman oiiiii…), entry langkawi & entry melaka. fuh fuh fuh…
semoga diberi kekuatan lah oh…