Delicious……

last week gi makan kat delicious bangsar. ngan payiet & che ta.
first time aku makan kat delicious nie, jadi agak terbangang bangang.
sib baik che ta dah pernah datang sini sebanyak doploh kali, so dia expert.
eh ada ke doploh kali. 2 kali jer he he..

sampai sampai terus nak amik gambar bertiga.
biasa la kalau nak snap gambar sendiri nie mesti memasing cam taknak ah aku snap, nanti gambar aku sebesar rumah.
tiba tiba che ta ngan bongkak nya berkata handphone aku ada kamera depan.
si yiet tu harap jer handphone canggih, ada kamera depan tapi tak reti guna plak.

so snap snap la kita.
tapi hasilnya mengecewakan.. gambar pecah pecah.
dan payiet dengan selambanya menghanjengkan handphone che ta.
2mega pixel uolls. what do u expect kan…

che ta dengan muka berlagak lagi menjawab di dalam hati ada aku kisah.
janji handphone aku ada kamera depan.
tapi kan che ta, aku rasa ko memang kena tukar handphone baru la.
handphone ko tu dah hazab sangat aku tengok
*larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

macam ku kenal dari belakang rambut begitu.
tapi siapa ya… haaaaaaa resh monu. tak kenal? takpela tak famous pong.

ok nie our drinks.
che ta order laichee tawar tak sedap.
pastu memekak mekak membebel air nya tak sedap.
dikeceknya air aku ngan payiet.

payiet order butterscotch ke hapa namanya.
sedap… rasa aiskrim.
aku plak death ice chocolate. sedappp…

makanan pulak. payiet tekak melayu so dia makan nasi.
dengan kuah hijau nie. ermm.. rasanya kari hijau kot.
pastu tiba tiba ada limau bali campur ngan cili.
dia makan sikit jer. selebihnya aku la yang bedal. miahahha..

che ta makan sphagetti.
apa kelas che ta datang delicious makan sphagetti.
takat sphagetti kat cafe or lanai pun buleh. hikss..

hah satu yang tak syioknya delicious nie kan, menu dia takde gambar uolls.
selalu ko kalau nak order kat tempat yang ko 1st time pegi, mesti ko nak tengok bagaimanakah rupa paras makanan itu bukan?
takde gambar, so ko agak agak je la nengok bahan bahan dalam makanan tu.
ada tulis salmon. so aku pun order la.

ujung ujung yang datang isi salmon ciput ciput.
dibuat ala ala pie. isi dalamnya macam telur dadar bawang. sebijik.
sadis… tapi bedal je la kan. dah bayar memahal takkan nak membazir begitu saja.

total makan RM104.85. ok kot? ntah.
tapi bagi aku tak dapat kepuasan maksima kot makan sini.
cam so so jer..

tak puas hati. snap lagi sekali gambar bertiga guna handphone aku plak.
see berbeda nya gambar ini dengan gambar dari handphone che ta.
so che ta, jangan lupa tukar handphone baru yer. jangan marah noksss…

2 thoughts on “Delicious……

Comments are closed.