Damping Malam

ok perkara ini terjadi lepas birthday party janet & jehan.
matikk la kan entry caca marba bercampur baur. lantakkan sana.

dari bukit cheras kami ke midvalley.
dengan tujuan utama adalah mau membeli sling beg.
sekarang kan semua pun trend bawak sling beg kan..
so pasti la aku menyibuk nak nak jugak.

so ke charles & keith kita. sebab hari tu aku ada sudah aim satu bijik sling beg kat sana.
tapi malangnya beg yang aku aim tu sudah nan adoo..
pusing punya pusing so jumpa satu beg tu cam ok ok jugak.
jadinya mau beli.
tetiba encik z kata dia belikan. hadiah birthday in advance katanya.
harus menggelitik kan..

encik z kata lepas 19januari baru boleh pakai.
takde maknanya la aku nak tunggu 19hb kan.. 3januari aku dah bedal pakai gi office.
miahahhahhaa…

lepas membeli belah kami gi menonton movie.
memula cadang nak nonton the tourist tapi selling fast.
show lepas tu dah lewat lewat bangat. sangap nak tunggu.
so kita nonon filem damping malam.

recently asyik nonton filem momok jer.
masa anniversary 5 disember hari tu aku nonton filem ngangkung.
sokayyy la walaupun aku rasa agak pelik napa suara shaheizy sam jadi kayak gitu.

pastu balik dari langkawi hari tu gi nonton filem hantu kak limah balik rumah.
walaupun kak limah bukan hantu tapi tatappp jugak la ketaq lutut kalau kata jumpa tengah jalan kan..
sokayyy jugak la.. kelakar expecially tang semua nak larikan diri tu.
siap si usop yang duduk wheelchair tu boleh lari lagi laju dari yang lain.
berlakon nau kan ko usop.. ekekkee…

hah berbalik pada filem damping malam nih.
cam tak best je aku rasa buleh?
ahmad idham berlakon tak best. amy mastura pun tak best.
yang best budak kecik bawak watak aiza. ngan eizlan yusof bawak watak ustaz bakri.
hensemnya eizlan yusof. dah la bawak watak ustaz kan.
orgasma aku dibuatnya. nyehh..

filem nie mengisahkan tentang ku khalira yang ada amik pendamping.
pendamping nie cam dia penjaga ko ngan family ko la.
of coz kena jumpa bomoh la untuk amik pendamping nie.
syirik ok. not good. kelak salah langkah, pendamping makan tuan.

zaman sekarang nie cam susah jer kan nak percaya benda benda mistik gini.
tapi aku ada la diceritakan oleh kawan punya kawan.
yang husband dia kena kacau ngan sorang pompuan. dan pompuan nie ada pendamping.
pendamping dia siap datang rumah usik anak-anak dia lagi.
husband dia pun dah gila bayang melayan pompuan tuh.

ikut pemikiran logik memang payah gak la aku nak percaya.
tapi tak mustahil kan benda benda cenggini.
korang jangan lah dok nak pasang pendamping-pendamping nie eh..
kita berusaha jaga rumah tangga kita, buat yang terbaik.
kalau dah takde jodoh tu kita redha je lah…
suami tu pinjaman jer. semua hak Allah dan apa apa pun kita akan berbalik pada Allah.

kesimpulannya filem damping malam tak best. huhu..

12 thoughts on “Damping Malam

  1. eh..sama la taste kita maya..ate birtdate kita bln january gak mesti sama taste kot..aini pun minat sling beg skrg..tido mlm mimpi2 pakai slig beg..hehe

Comments are closed.