Bermain Permainan Telur

hari selasa pi lunch kat lanai.
rasanya dah lebih lapanploh kali aku bagitau kot, lanai nie club house bnm.
dulu orang luar takleh datang makan sini.
sekarang sudah boleh.
so sesapa mau merasa makan makanan yang enak dan murah di lanai, boleh roger roger aku buat appointment. wah.

kami bertiga sepetak suara makan laksa sarawak.
harga cuma RM4. tapi tak kick la.
bak kata kaktin, tak authentic.
teringat kelazatan laksa sarawak di kuching dulu.
yummy.. sedap sangat oh..

sambil sambil makan, sambil sambil menjakun aku dengan iphone 4 kaktin.
sesenyap jer kaktin pi beli iphone nie tau.
tetiba je muncul. sib baik la aku nie tak gila gadjet, kalau tak mau aku akan menjeles.

nampak game telur nie.
terus kepochi tanya macam mana nak main.
so terai terai main. payah jugak main game telur nie.
ko kena make sure telur tu tegak tak jatuh dengan mengontrol handphone itu sendiri.

penuh perasaan ko main.
sambil kaktin memberi tunjuk ajar ku sifu.

bergambar menggunakan kamera depan iphone 4 kaktin.
canggih canggih.
aterrr.. harga pun dah dekat RM2000. kalau tak canggih mau aku campak iphone 4 tu dalam sungai klang.
wah sesuka hati nak campak handphone orang kan…

lepas bergambar semua dok pot pet tak puas hati dengan muka masing-masing.
si payiet dok kata dia berkedut.
kaktin dok kata mata dia juling.
aku plak pastinya la rambut yang kejung macam berus dawai tu.

tapi kami happy menjadi diri sendiri.
tak gitu kawan-kawan? *give me 5! give me 10!

14 thoughts on “Bermain Permainan Telur

Comments are closed.