10 Sebab Utama Mengapa Saya Perlu Bersyukur

1. Mempunyai seorang suami yang menerima saya dengan seadanya saya tanpa sebarang prasangka

2. Mempunyai ibu yang memahami dan amat penyayang

3. Dikurniakan seorang anak perempuan yang petah, comel & bijak

4. Mempunyai kakak, adik & abang ipar yang sentiasa memberi sokongan di kala saya susah & senang

5. Mendapat seorang boss yang sungguh baik dan sentiasa memberi tunjuk ajar untuk saya terus maju

6. Mempunyai pekerjaan yang stabil dengan gaji berpatutan

7. Berpeluang bercuti ke negara-negara yang saya idamkan

8. Memiliki rakan-rakan terbaik yang sedia menerima kekurangan dan kekhilafan saya

9. Dikurniakan bakat untuk menulis blog

10. Masih diberi peluang olehNYA untuk melihat dunia di usia 32 tahun pada hari ini

Sesungguhnya…. saya BERSYUKUR…. 🙂

32 thoughts on “10 Sebab Utama Mengapa Saya Perlu Bersyukur

  1. puan maya.. happy birthday! moga ko dilimpahi rezeki dan keberkatan olehnya! yg penting careeeeeeeeeeee selalu!

  2. slamat hari jadi uolls, walau dah wish kat fb, aku wish gak di blog ya. Jika ada kelapangan marilah kita menyanyi sambil makan makan disuatu hari kelak. 🙂

    Selamat Hari Lahir yg ke -32.

  3. Alhamdulillah… semoga sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan diberikan kesihatan yg baik… amennnn

  4. hepi birthday kak maya…toksah fening2 sedey2 & tensen2 yer…
    hepi & ceria sokmo deh…

Comments are closed.