Terubat Rinduku

selain phone calls, sekarang kalau rindu aku suruh yaya MMS jer gambar terbaru dia.
dah pandai dah dia tengok sms, hantar MMS.
jawab call ngan buat call lagi lah dah di hujung jari.
lagi terer dari opah dia dah 🙂

nie taktau la dedua memang berdengkur tidur ke, atau memain jer.
caca kalau berdengkur boleh tahan jugak.
yaya pun kalau waktu demam demam, memang gerun dengar nafas dia berkeroh.
merisau jugak la takut asthma ke hapa..
sebab apaknya dulu pun ada asthma..

alolololo… comel jer rasa tengok 2 sepupu nie solat.
yaya tu insyaAllah la aku yakin dah boleh solat sempurna.
cumanya ada masa dia suka mengelamun.
caca tu suka ngikut. tapi ok la kan.. dari dia taknak langsung.
walaupun tangan terdedah dedah hee..


: : mommy, caca demam : :

dah canggih sikit sekarang, buat video call jer.
tapi tu pun kalau kaklong ada kat taiping la.
sebab hp mama ngan hp yaya tak support video call.
so numpang kasih call kat hp kaklong jer la..
handphone aku payah sikit sebab takde kamera depan.
kalau nak jugak call, kena cari cermin. kesian.

weekend sebelum awal muharam hari tu, yaya datang kl.
kaklong amik, terus ke LEP sana.
so hari isnin sebelum cuti awal muharam tu, wajib aku terjah ke LEP.
terubat rindu oh dapat jumpa anak aku…

walaupun kerinduan cuma terubat dalam masa 3 minggu jer, tapi aku redha.
aku terima semua ketentuan dariNya. 🙂

10 thoughts on “Terubat Rinduku

Comments are closed.