On Our Anniversary

boleh aku sambung cerita anniversary dulu tak?
boleh eh eh eh eh?

ok 5 disember hari tu genap setahun aku udah nikah sama encik z.
kalau ada yang tercengang cengang ngan soalan ‘eh, anak si maya tu dah umur 6 tahun, cena plak dia baru setahun nikah ngan encik z?’

haaa meh aku cerita buat kali ke lapan belas ratus.
expecially buat new readers la yer..

yaya tu anak aku ngan my ex, diberi nama FM (bukan nama sebenar)
aku divorce dengan FM beberapa tahun yang lepas.
kemudian tahun lepas aku nikah ngan encik z.
ok. ada paham? ada clear?

tapi ditegaskan di sini.. walaupun aku udah berpisah ngan apaknya si yaya, so far kami masih boleh berkomunikasi dengan baik..
bebila FM nak amik yaya, memang aku ok jer. no hal..
so jangan nak speku gitu gini..

ok teruskan.
cam molek jer 5hb hari tu jatuh hari ahad kan.
so boleh la kami laki bini berjalan jalan.
pagi pagi udah bangun, gi breakfast kat firdouse segambut.
aku suka gi sini sebab cam teringat zaman waktu kawan kawan dulu.
first tempat yang encik z bawak aku, ke sini lah.

makan roti canai kita.
cicah kari ikan ngan sambal. perghh.. begini!

nak up lagi kenangan tu, order telur separuh masak.
sebab masa tu jugak aku makan telur separuh masak nie ha.
pepoyo kan nak kenang kenang bagai. panggggg…

lepas breakfast, terus ke jusco kepong.
aku mau belikan laki aku ini kasut.
kesian ko kasut dia sudah koyak rabak tercabut tapaknya.
mau tak, itu la kasut pakai gi ofis, itu gak dilenjan pakai jalan.
kalau aku tak belikan, mau dia pi jumpa sabarudin tukang kasut main tampal tampal je. no good no good.

tapi malangnya kasut yang dia berkenan tak der saiz pulak.
kaki dia pun bagak jugak macam kaki aku.
tapi kaki dia lagi bagak la kan…
kaki raksaksa hitam katanya..
takpe yang, moh kita gi cari kat tempat lain pulak.

so ke ikea kita.
eh ada jual kasut ke kat ikea? heee takde takde..
gi ikea sebab mau makan meatball yang sering diperkotak katikkan oleh masyarakat blogger.
seperti kebiasaan, setapppppppppppp….

dan kemudian nak cari roller nie.
banyak blog aku baca kata roller nie terbaik.
untuk membuang bulu bulu di baju, seluar dan sofa.
tu sebab la aku tak suka seluar baju warna hitam.
sebab senang berbulu. naik berbulu mata aku dibuatnya.
so try test tengok beli roller nie. boleh tak menghilangkan masalah berbulu di mata bukan di hati.

dari ikea gi the curve. mau nonton movie filem ngangkung.
ok tu cam biasa lah, entry lain. taktau bila la entry nya nak keluar. heh.
sebelum nonton ngangkung, kat bawah escalator tu ada jualan kasut yang meriah.
so kasik singgah.
encik z sudah terminat dengan satu kasut nie.
memang lawa pun.
so tak banyak hal, terus grab jer.

dari the curve, kami terus jalan jalan cari makan mau candle light dinner.
wah candle light dinner kata ko. walaupon adooo…
cam biasa, tu lain tahun punya cerita yer…
terima kasih kerana bertahan membaca entry ini.
adios..

14 thoughts on “On Our Anniversary

Comments are closed.