Memula Halalan Thayyiban. Kemudian Janin

hari sabtu encik z gi buat wedding job.
dari kul 8 pagi. sampai ke kul 3 petang gitu.
sebab keseorangan kat rumah, so malasnyer la hai mau memasak.
lalu makan maggie saja.

bila encik z balik, terus aku pot pet pot pet kata lapar bagai.
dia ajak siap gi makan tapi aku plak nak habiskan cerita tamil yang sedang aku tonton. heronya vijay oh. harus kena nonton sampai habis.
apa ke tah tajuknya lupa plak.
tapi ada shooting kat KL jugak. best best.

so dah habis segala, kul 6 lebih petang gitu baru la keluar rumah.
kata lapar tahap raksaksa, terus otomatik jadi tamak haloba mau makan nasi banyak banyak.
so ke wong solo kita.

aku tanya encik z, apa maksud halalan thayyiban nie.
katanya halal lagi terbaik.
tapi ada jugak orang kata, konsep penggunaan halalan thayyiban nie kadang kadang berlebihan.
kenapa berlebihan, wallahualam.

aku amik set ayam penyet.
encik z amik set ayam bakar.
pastu up dengan empal sapi. dan sayur assam.
tengok sayur assam nie teringat kat fin.
sebelum dia resign hari tu pun tak sempat nak jumpa dia.
sekarang dia tengah cuti cuti kat US.
bestnya kan jadi orang ada ada nie.
bebila nak resign, terus jer resign.
aku kalau nak resign terus mau kena tangkap masuk penjara lu.
aterrr hutang bertimbun-timbun. sadis…

eh eh baru perasan ada ekor penyet.
cena la rupa romannya ekor dipenyetkan kan..
takpe, len tahun datang aku mau coba la plak.. ermm..

he he he… kelakar kan nama masakan nie.
sapo tahu jadinya.
tahu tu aku rasa tauhu la kot ek..
sapo tu ermm… taktau.. kena tanya orang indonesia ler nampak gaya nih.

sorry yer gambar kurang memuaskan.
snap pakai handphone jer. sebab kamera takde bateri.

lepas makan gi mbo galaxy. mau nonton filem janin.
semenjak 2 menjak nie rajin plak encik z layan kerenah aku nonton wayang.
sebut pasal wayang, aku hutang lagi 2 entry oh.
filem ngangkung & hantu kak limah balik rumah. adeh…

masuk masuk panggung, tetiba tengok seat nie.
walawei… apa ke he nyer kotor sangat???
pihak pengurusan mbo galaxy ampang, sila tampil ke depan memberi penjelasan.
kan ramai jer orang datang nonton kat sini, takkan takde modal nak tukar kerusi baru kot? gelik ah nak duduk. tapi terpaksa gak duduk.
aterrr dah bayar tiket kan… huhu…
lenkali kena bawak kain ler untuk alas. heh.

berbalik pada filem janin nie.
pelakon semua biasa biasa jer..
yang terkenal aku rasa eja & hairie othman jer.
yang lelain kebanyakkannya pelakon drama dan tak pernah tengok berlakon.
boleh?

eh, tapi yang best nya riz ainuddin ada oh!!
lama tak tengok dia berlakon. sukerrrrr….
tak kenal riz ainuddin? korang memang tau…

filem janin nie ok ok kot. ada masa cam bosan gak la.
tapi lakonan eja best la.. natural dan penuh sifat keibuan.
5 bintang untuk beliau.
ah lakonan sheril merlis pun best gak.
sesuka hati dia pukul anak orang.
memang nampak bebetul cam dorang tengah gaduh depan muka kita.

ending dia ada sikit sikit macam filem dark water tu.
moral of the story nya, kasih ibu memang membawa ke syurga.
tapi sila lah tanamkan dalam fikiran, yang anak itu bukan hak mutlak kita.
satu masa mereka akan tinggalkan kita, bezanya masa dan keadaan yang bagaimana. begitu.

hah satu lagi. jangan kau sangka orang yang dah naik haji 3,4 kali tu hatinya bersih. ada jugak yang hatinya lagi longkang dari orang yang pegangan agamanya biasa biasa saja.

jangan bela jin. jangan bela hantu raya. jangan bela toyol.
kerana tersilap bela, disaster lah akibatnya.

10 thoughts on “Memula Halalan Thayyiban. Kemudian Janin

Comments are closed.