Janganlah Demam

awal muharam hari tu kami sefamily ke damansara damai, rumah my uncle auntie.
tapi to entry lain coz banyak gambar belum diupload.
so kita ke cerita lepas balik dari damansara damai tu dulu.
kami terus ke one utama.
kaklong sudah menggedix mau beli serkup siti nurhaliza.
so ke sana kita.
terus nuju ke butik promod.
kaklong borong lagi 2 helai.

lepas tu jalan jalan kat bawah.
kata krismas nak dekat, so macam-macam la ada kat situ.
diorang buat macam rumah salji.
pastu tiap satu rumah tu ada jual jualan.
mama ngan kaklong masuk rumah famous amous.
mau beli biskut untuk hantaran adil.

aku mengkagum betul dengan benda alah putih yang kengkonon salji nie.
nak kata lilin macam bukan. sabun pun bukan.
macam hampas kelapa. kagum sebab banyak gila..

dari situ kami berpecah terus.
aku ngan encik z terus gerak. tapi tak terus balik.
gi klinik dulu kat jalan ipoh nun.
encik z sudah 2,3 hari sakit perut.
ada la tu silap makan kot. semedang la memerut.
so ke klinik kita jumpa doktor dan amik ubat yer.

dibekalkan juga eno untuk buang angin.
eno halia plak tu. memang prot pret je la nanti kan..

ubat ubatan dari doktor.
aku takut dia demam jer.
sebab badan dia pun cam dah agak panas.
dalam hati aku janganlah ko demam plak.
sebab lusanya kan aku dah nak gi langkawi.
tak gerek la kalau jalan waktu dedemam kan.
so memang aku paksa paksa dia telan ubat oh.

tapi sebelum makan ubat, kena la isi perut dulu la kan..
so ke cha cham kami.
tapi tetengok ek eh… sudah tukar ka?
nama kedai udah tukar jadi restoran sri pattani.
so aku pun kepochi ngan pekerja kat situ.
katanya kedai sudah ditukar milik. kira owner dah lain la.
tapi tukang masak semua masih sama.
so hasil kelazatan makanan harus sama.

teh o untuk orang sakit perut.
dan tembikai laici untuk orang tak sakit perut.
ok lulus. masih sedap air tembikainya.

roti bakar untuk orang sakit perut.
dan puyuh masak cili untuk orang tak sakit perut.

tapi taktau la, aku rasa puyuh nie cam semacam.
lepas makan terus rasa loya loya…
agaknya rupa paras dia cam katak kodok kot. yek yek..

ok dah tu jer.
(tengah mood sangap nak upload gambar banyakkkk gilaaa huhu)

6 thoughts on “Janganlah Demam

Comments are closed.