Hissss & Unstoppable

kejadian nie memang dah lama gila.
ada lebih 3 minggu kot. takpe kan. yang penting belum setahun. ekekkee..
aku gi nonton filem hissss (tak pasti ada berapa S sebenarnya)
filem hindustan with collaboration ngan mat salleh.
pelakon orang hindustan, tapi bercakap bahasa inggeris.
eh ada gak sorang pelakon omputih.

mengisahkan kepercayaan orang india pasal 2 ekor ular tedung jantan betina.
tak boleh dipisahkan. kalau dipisahkan, nanti ular betina tu akan datang mencari pasangannya dalam bentuk manusia.
bila dia jadi manusia, dia akan ada satu permata yang berharga.
omputih yang jahat tu la yang nak kan permata tu.
sudah tangkap ular tedung jantan, lalu muncullah ular tedung betina dalam bentuk manusia. begitu.

dan lepas tu banyak la berlaku kematian.
tapi memang yang kena bunuh semua sepatutnya mati pun.
ada 2 orang tu nak rogol si ular tedung betina.
ada sorang tu kaki pukul bini.
kira takde la ular betina tu membunuh membabi buta.

cerita adalah best sebab effect yang wow gitu.
terutamanya masa pertukaran manusia ke ular. ular ke manusia.
ada jugak scene ala ala membogel. tapi harus censored.

gelik kan.. gelik gelik gelik…
masa nie dia baru lepas bunuh 2 orang yang nak rogol dia tu la.
pastu dia telan. yekkk….


….

….

nie plak masa tempoh transformasi.
oh yer pelakon yang jadi ular nie ialah mallika sherawat.
lawa oh dia. bentuk badan very the menggiurkan yummy yummy..


pastu aku ada gi nonton unstoppable jugak.
hari lain yer, bukan hari sama.
hisss nonton kat midvalley.
unstoppable nonton kat mbo ampang.
filem nie pun syiokkkk oh.
layan habis.
korang pun ada yang dah nonton kan…

mengisahkan tentang keretapi yang terlepas bergerak sendiri dengan kelajuan maksima menuju ke bandar.
kira kalau tak stop kan, akan meletup meletus di bandar sana.
so ada 2 orang pekerja keretapi seperti dalam poster yang menjadi hero memberhentikan keretapi itu.

bila tengok keretapi banyak banyak nie kan, really reminds me of my childhood lah.
masa darjah 5 dan darjah 6, aku stay kat singapore.
kat tanjung pagar nun.
sebab arwah abah kerja kat KTMB sana. dulu KTM je lah.
keretapi tanah melayu.
memang waktu tu was surrounded by keretapi, bunyi siren, bunyi gerabak etc etc.

pergi sekolah naik railbus. pagi pagi alam dah tercongok.
syiokkk sangat.
bin, ingatkah awak kenangan manis kita bersama dahulu? 🙂
eh, tiba tiba terkenang bagai pulakkan…
ok kesimpulannya filem unstoppable adalah best walaupun nampak simple dan klise dengan filem yang seantero dengannya.

ramai orang kata filem ngangkung tu best eh?
so kena tonton kah kita?

14 thoughts on “Hissss & Unstoppable

  1. ngankung best kak..sgt best…tak rugi tgok worrrrrrr…tak yah pertimbangkan..jom jer gie…sy teman akak…huhuhuh sgup tgok lapan puloh kali citer ngangkung nie…..

  2. kenangan yang tak akan dilupakan ..
    seronok betul masa tu , berebut2 naik ketapi , main batu seremban secara hebatnya dalam ketapi yang bergoyang , duduk sebelah arwah abg aznor & angah sbb dok sibuk suh diaorang transalate ceta “Singapore true ghost stories”….
    oooh..tetiba saya rindukan kamu Normaya …

    • singapore true ghost stories tu memang terbaiklah kan!

      rindu kamu juga suria.. nanti kita jumpa lepak2 eh..
      haaa nk ajak noor sekali..

Comments are closed.