Dinner di Istana Bambu

nie hari yang sama on our anniversary tuh.
so malam hampir menjelma. eh tak la malam sangat.
senja gitu. kurang lebih jam 6.50 malam.
dah tak menahan sangat tahap kelaparannya, so aku ajak encik z terus gi dinner.

tujuan asal ialah ke bora ombak.
lama gila oh tak makan kat sini.
tapi malangnya, cuma akan dibukak jam 8 malam.
eieiie koserr la nak tunggu sampai kul 8 malam kan.
so kita bertukar haluan.
kita ke istana bambu kat mrr2 sana.
dekat jer pun ngan jasmine.

first aku tau pasal istana bambu nie tengok dalam jalan jalan cari makan.
deko kat sini lawa.
pastu plak tengok kat blog ryn. dia pun dinner anniversary kat situ.
so cam ok la kot nak gi.

ok kita mulakan dengan minuman.
longan dan asam boi kedondong.
ok ok. cuma tak puas hati gelas kecik. tehtehtehte..

nasi putih 2.
daging masak blackpepper.
pedas ya hampun.
aku yang kuat pedas nie pun menggelupur.
ko yang tak kuat pedas, disaran jangan order yer.

tomyam seafood. RM20++ harganya.
tapi seafood tipu. ada udang kecik. lala kecik.
pastu ketam instant tu. cendawan.
tipu tipu tipu. tak sukerr…

sayur asparagus. sekali sekala makan kan.
mahal jugak oh. pendek katanya makanan kat sini mahal ah.
bukan masalah berkira ke hapa kan. napa pun makanan.
tapi cam tak berbaloi. so dalam hati ada sakit sikit. heh.

yang best kat sini, surau disediakan. dibuat dari pohon bambu jugak.
wi fi pun ada. tapi tak melaju sangat. boleh la takat nak letak status facebook.

ok bayar time!
total makan semua RM70++.
bagi aku agak memahal la untuk food yang biasa biasa sajorkk..
kalau datang ramai ramai berbaloi la kot boleh tong tong.
makan 2 orang, rasa cam agak merugi.

budak yang jadi cashier nie multi task betul aku nengoknya.
dia yang jawab phone, dia yang amik order thru phone, dia yang tunjuk arah jalan, dia jugak jadi cashier.
ko patut mintak gaji lebih dik 🙂

takde orang nak amikkan gambar.
so snap gambar sendiri sudah. sesekali ok kot kot kot kot? :p

sekian watamat kisah anniversary kami yang setahun.
bertahun tahun lagi nak mengharungi hidup bersama jika panjang jodohnya.
insyaAllah. amin….

14 thoughts on “Dinner di Istana Bambu

Comments are closed.