Dari Lowyat ke Sogo

hari ahad encik z ajak pegi low yatt.
dia mau cari external hard disk.
sebenarnya aku malas nak pegi oh. tapi terpergi juga.
malas bukan sebab apa, ko tau la lowyatt kan.. manusia meramai.
letih ok..

sampai sampai memang betul pun, sesak mensesak.
pastu encik z la dok pusing pusing satu kedai ke satu kedai.
pening aku macam dah nak muntah.

kemudian masuk satu kedai, ternampak beg netbook ini.
somel kaler pink tapi tak boleh sling.
aku nak cari yang boleh pegang gitu jer dan yang boleh sling.
eh aku ada plan nak beli beg netbook ke ha? ada kot. heh.

memang la skang netbook aku tu ada beg nya.
tapi yang tu bukan beg netbook pun.
dia ala ala mini backpack. aku beli masa gi hutan belum dulu.
ngam2 simpan netbook tapi tak stylo arh. mengada kan.

pusing pusing lagi, haaa jumpa beg netbook berkenan di hati.
boleh sling!
cuma takde kaler pink arh. ada merah, hitam & purple.
so amik merah kita. merah ngan merah jambu apa beza kan…
merah jambu pun asal dari merah apa.. :p

yang penting kat dalam warna pink.
ok la kan kan kan.. sebab biasanya dalam warna hitam yer dok.

lepas encik z dapat apa dihajati, begitu juga aku, terus kami ke sogo.
sejak 2 menjak dapat bonus nie, aku tak jejak lagi kaki ke sogo.
kata kerja BNM kan, harus sinonim dengan sogo. begitu.
memula gi makan wantan mee dry dulu. lapar oh.
ditemani air tembikai yang sedap.

kemudian jalan jalan ke bahagian kasut.
elle ada sales gila menggila.
aku tak pernah lagi beli kasut elle. selesa kah?

kasut nie lepas less tinggal RM80 jer.
tak gila ko menengoknya. tapi sentap sebab tinggal saiz 40 bersamaan 10 jer.
sadiss…

nak jalan jalan tengok baju, tapi encik z sudah memekak ajak balik sebab nak tengok bola.
potong betul.
takpe, nanti aku nak datang sogo sorang sorang jalan. lagi tenang. heh.

12 thoughts on “Dari Lowyat ke Sogo

  1. Kasut pink yang last sekali tu lawa..

    yaya nak masuk darjah satu dah ye..

    selamat masuk tahun 1 yaya..

    senang pakai kasut itam, tak nampak kotor, happy new year mya

Comments are closed.