Cerita Ceriti Di Taiping

last week aku cuti khamis jumaat.  balik taiping.
khamis tu yaya kena register / orientasi kat sekolah baru dia.
tu entry lain eh…

hari jumaat plak aku bawak yaya gi follow up check up kat taiping medical centre.
last year bulan ogos dia buat minor operation kat dalam telinga dia.
ada infection. so kena la buat checking 1 2 3 gitu supaya semua dalam keadaan terkawal.

dekat sejam ko nunggu. bapak ramainya manusia.
yaya dah bosan. aku plak kelaparan. adoii…

cer cari apakah persamaan kami?
yer hidung yang kemek. itulah aset kami sepanjang zaman.

lepas dia bosan, dia lapar pulak.
yaya kata biasanya takde la lama camni. selalu kejap jer pun.
yer la, kalau dah lama nau, sama jer la cam gi hospital kerajaan kan.
aku nak buat appointment hari tu, kata nurse takyah.
datang jer between 9 – 5. abih gini gayanya cena..
nunggu la jugak.
sib baik ada wi fi. boleh la nak skodeng-skodeng blog korang.

lepas sejam, sampailah turn yaya.
doktor cek telinga dia. nak bawak keluar tiub yang hari tu masa operation tu la.
dan nak bersihkan telinga dia jugak.
belum apa apa dah meraung ko anak aku tu.
dok jerit sakit sakit. haiyaa….
betul ker sakit aku pun taktau. ke dia yang trauma lebih?

sampai doktor yang baik hati tu pun tinggi kan suara suh dia duduk dendiam.
aku pun nak kata apa, peluk jer la dia kekuat.
tapi dia punya meraung tu, macam nak runtuh ko bangunan TMC tu.
adoiyaiii….
tapi everything goes well.
doktor kata telinga yaya sudah ok takde masalah infection lendiran ke hapa lagi.
dan doktor pun mintak maaf jugak sebab kena tunggu lama.

gambar masa jumpa doktor takdak sebab encik z masa nie sudah cabut pi solat jumaat.
kalau tak harus aku jadi bahan ejek ejek yaya kan. hikss…

dah habis jumpa doktor, kena tunggu lagi 1/2 jam lak.
tunggu encik z datang jemput la. adehh…
masa nie sakit dah kepala aku sebab lapar.
encik z sampai jer terus zass ke the store kamunting mau makan kfc.

korang tau tak kfc ada 3 layer tea dah skang?
ke aku jer yang baru tau ek..
haruslah suka kan… dan rasa 3 layer tea nya pun ada umphh…

lepas makan, jalan jalan dalam the store.
beli barang barang keperluan sikit.
dan nak cari stokin yaya.
kena beli lain la pulak sebab hari tu dalam surat sekolah dia kata stokin hitam.
tetiba masa register kata stokin putih la pulok.
takkan nak melawan kan, harus carik stokin putih jugak jugak.

malam tu gi mcdonalds taiping sentral.
di samping teringin nak makan prosperity burger, aku nak buat blogjob sikit.
blogjob yer. bukan blowjob. pangggggggg….

ingat nak lepak kejap jer, tapi nama pun blogger kan.
once dah mengadap tu, memang payah nak berenti.
blogger, sila mengaku. heh.

nie plak cerita keesokan harinya sebelum aku balik KL.
harus pekena laichee kang bersama telur burung puyuh dulu.
korang gi taiping jangan lupa try test tau…

demikianlah kisahnya aku dan taiping.
(boleh ke ending gini?)

10 thoughts on “Cerita Ceriti Di Taiping

  1. KFC memang dah lama ada tea 3 layer tuh…hakhak! Kat sini jarang dah nk jumpe laichee kang bubuh telor puyuh tuh..semuanya pakai penuh ngan khazanah2 segala bagai jeli2 la, kekacang la..rasa pun dr lari dari sebenarnya..adatlah org niaga..hiks

Comments are closed.