Air Dicincang Tak Akan Putus

ok aku tau aku banyakkkk gila hutang entry dengan korang.
entry langkawi, pastu entry adil bertunang, pastu entry jalan jalan melaka.
pastu aku ada satu lagi entry. entry yaya punya graduation dan konvokesyen.
bulan 10 hari tu punya. lama kan..
tu tak termasuk entry kenduri kahwin aku kat taiping ngan kat segambut.
entry entry harian lagik.
adoiyai….
cemana la mau jadi blogger tegar ini..
semua pun ketinggalan. *^$#$%^&&#()@__@++#((#

satu persatu la yer korang.
mana aku larat, aku kasik zass zass..
mana tak larat, ermm.. akan aku laratkan juga walaupun taktau tahun masihi bila akan diupdate.
aku rasa yang jadi lambat sebab apa tau, sebab nak resize gambar la.
tetambah kalau encik z yang snap. manyakkk gila berkeping keping gambar.
nak pilih, nak resize, edit, upload.
boleh bikin darah tinggi.
pastu jadi lambat lagi sebab kebanyakan entry semua pun aku nak membebel sesajorkk.. dari tasik ke sungai, dari sungai ke laut.
mana la haihh tak siap siap. adeh..

haaa tengok.. kan aku dah kata..
nie belum apa apa aku dah merapek rapek.
ok ok jom kita ke cerita apa yang berkaitan air dicincang tak akan putus nih.

kekdahnya cuti awal muharram hari tu, kami sekeluarga sudah ke rumah uncle azhar & auntie rozie nun kat damansara damai sana.
uncle azhar nie adik kepada arwah abah aku.
jadinya auntie rozie adalah biras kepada mama.
dan anak-anak mereka yang 4 orang tu adalah sepupu sepapat kami.


kitorang kekecik dulu rapat bangat.
yang paling best kan, auntie rozie nie kalau travel memana mesti tak lupa beli kan kitorang adik beradik memacam.
uncle azhar tentera laut.
dulu bertahun tahun duduk kat jerman sebab kena bertugas di sana.
kira orang ada ada lah…
pastu diorang selalu travel sana sini, bila tengok album gambar dorang wahh terkagum kagum sampai ternganga-nganga dibuatnya.

lama sangat tak jumpa diorang nie semua.
so banyak lah benda nak diupate.
respek lah kat mama yang boleh still keep the relationship.
kalau aku, ntah taktau la boleh ke ngam ngan biras ipar duai kalau kata sok encik z dah takde.
almaklumlah, aku nie kekwat sikit. gagagagaga…


: : auntie rozie & mama. photographer – yaya : :


: : caca & yaya with guinea pig : :


: : jard, guinea pig, yaya : :


: : normaya, guinea pig & jambul rambut yang terjojol : :


: : normaya & jard : :


: : ain, normaya, wan : :


: : normaya & z. (.)(.) terjojos. no good : :


: : ibu mengandung : :


: : hey ladies! : :


: : hello guys : :


: : mengkagum dengan painting di wall : :


: : kuda merah.  photographer – yaya : :


: : lagi ibu mengandung. kelihatan di belakang auntie rozie & mama sedang berdiskusi : :


: : peace yaww : :


: : pose bersama gitar kepunyaan wan : :


ada kaitan tak tajuk entry dengan entry ini?
ada kan kan kan… so tajuk kali ini tidaklah ke laut.
moral of the story, berbaiklah sesama saudara termasuk saudara seislam.
sekian entry saya 🙂

10 thoughts on “Air Dicincang Tak Akan Putus

Comments are closed.