Wahab Cendol Yang Macam Macam

lately nie memang banyak entry makan-makan jer kan..
korang layan je la eh…
aku memang saja kumpul entry makan banyak-banyak.
kalau tak memang takde entry aku oh..

tempat makan selanjutnya adalah di wahab cendol.
nie dah kali ke 3, ke 4 kot aku cerita pasal wahab cendol nih.
letaknya di rampai business park, wangsa maju sana.

hari kejadian masa cuti 3 hari hari tu. hari ahad.
7 november. seven eleven.

hah mula la ko tu nak kenen bebukan pasal seven eleven nie kan..
dulu masa kawan ngan aku, semua benda aku buat ko yer angguk angguk.
bila dah gaduh, habis semua ko singkap kan..
memang malang aku kawan dengan ko..
memang nyesal aku kenal dengan ko..
dan memang patut ko dapat balasan apa semua yang ko hadap sekarang.
balasan hati busuk ko yang hitam tuh.

ok sambung.
aku cam kenyang lite-lite.
so share makan dengan encik z sajork.
mee rebus special katanya. harga RM13 heh.

up ngan cendol.
aku amik cendol jagung campur pulut.
jagung adalah sedap.
tapi pulut adalah keras sampai terbengkok-bengkok sudu dibuatnya.
so tak suka pulut kat sini.

ini hah tadi rupa paras mee rebus special.
ada ayam, ada telur, udang ngan sotong.
portion besar. so memang molek benau ko makan berdua gitu.
rasa? biasa-biasa saja…

eh tapi kat sini dah upgrade tau.
dah jual memacam jugak selain mee rebus & cendol.
dah ada goreng-goreng. tomyam pun ada.
kira dah variety la.. takde la ko kena ngadap mee rebus semata.

air masak kat sini diorang caj RM0.20 satu gelas.
aku rasa mahal ah.
bukan selalu orang bagi air masak FOC je ker?
ermmmm…

4 thoughts on “Wahab Cendol Yang Macam Macam

Comments are closed.