Udang Dalam Telur

lepas melawat baby muhammad hari tu, aku terus gi uptown damansara.
mau makan kueyteow goreng ngan lala cili yang setapp..
so pegi lah ke kedai biasa kami pergi.

sampai sampai sini, aku terSENTAP ngan encik z.
terus la merajukkkk diam membisu tak cakap apa.
dasar ko kan normaya. tak boleh kena sergah sikit.
walhal suami menegur untuk kebaikan. la la la la la…
tapi merajuk lite lite jer.. takleh ketara sangat takut ada orang perasan.

almaklumlah jadi blogger nie.
ada jer silent readers merata.
kang ada ternampak aku merajuk rajuk sakan, ada plak sok sek menyampai cerita bagai.
wah artis ke ko kan… bluekk..

cam biasa order lychee blended.
mahal oiiii sekarang. dah jadi RM6.50 tak silap aku.
pengsannn…
nanti nak beli blender air lah.
blender buat ice blended kat rumah lagi jimat. heh.

oleh sebab merajuk, so order sendiri sendiri jer.
aku makan kueyteow goreng.
cam kebiasaan, lazat seperti biasa.

pastu up ngan lala bercili nie.
pun seperti kebiasaan, melazat yummy yummy…

aku tetiba lak teringin nak makan omelette udang.
so saja la tanya kat apek tu, dia boleh buat tak.
memula muka dia cam blur pastu dia angguk angguk…
aku tanya dulu sebab tak nampak dalam menu kat kedai tu.
hampa uolls… sadisss nau omelette udang nya.
udang ciput oh…
celah gigi tak lepas…

kalau tak boleh buat, cakap je la apek.
no good la mempermainkan perasaan ai.. sob sob…

oh masa kat sini kan..
aku yakin bangat aku nampak penyanyi farah asyikin tu.
dia ngan sorang mamat. tengah lepak makan..
tapi yang peliknya… bila sampai rumah. aku nonton festival filem malaysia kat tv.
farah asyikin ada buat performance.
nyanyi lagu E R T tu.
so aku cam eh… yang aku tengok kat uptown tadi sapa…
adakah pelanduk dua serupa? atau hantu raya?
huuuu…. menakutkan….

12 thoughts on “Udang Dalam Telur

  1. motip ko kak letak gambar makanan..perut Lisa dah berdendang ni..si farah tu dah ramai yang jumpa kat luar..baru2 ni along Lisa jumpa kat 1 utama..ngan mamat sorang..kata single tapi ntah apa2..pas tu siap tukar imej..menyanyi pakai baju kurung..kat luar elok jer seksi meksi..propa jer lebih..

  2. maya,
    charkueyteow tu kering ke basah punya? nampak macam kering…dah lama cari charkueyteow yang kering….
    Uptown damansara foodcourt tu ke?

    • kering oli..
      sedap tau.. damansara uptown yg dulu2 ada jualan tu..
      haa ye la yang kat food court tuh

  3. sedapnya kueyteow tuh..byk taugeh bestt..kene plak laici blanded..perhhh!..si farah asyikin tuh cakap tk serupa bikin..propa tuii…konon cakap tak mau seksi..nk pakai bju kurung kira2 nk sopan cam ana raffli…tp tgok show masa FFM aritu..kemain baju sendat melekat..then nyanyi lintuk2 badan gaya seksi..aduhyaiii bukan seksi lagi dah..seksa namanya tuh

Comments are closed.