Tragedi AidilAdha

jom baca cerita saya di hari raya aidiladha yang mulia.
jangan risau, entry kali ini pendek sahaja. eh ye ke pendek? heee…
sementelaah hari raya haji sehari saja yang disambut meriah.
dan piula jatuh pada hari rabu, jadi tidak lah ada aktiviti yang panjang berjela-jela.
ok teruskan.

pagi pagi bangun, mandi sunat aidiladha.
siap siap berwuduk semua mau ke masjid solat sunat aidiladha.
cadangnya nak ke masjid usamah bin zaid wangsa maju. so ke sana kita.

eh lupa plak nak bagitau, kain baju raya aku nie kak as yang bagi.
lama dah. few months back. saja aku simpan nak buat baju raya haji.
from bandung with love 🙂
kebetulan encik z pun ada baju melayu warna purple, so berpurplelah kita.
oh, tudung dari hajaba 🙂

sampai kat masjid usamah bin zaid pukul 8.15 pagi.
kereta bapak banyaknya, berusaha untuk selit-selit.
alih alih waktu nak masuk dalam masjid, kami diberitau oleh pakcik guard yang solat dah habis. hoh????
kata pakcik tu, solat start kul 8 pagi tadi.
uwaaaaaaaa…..
katanya imam cepatkan sebab jemaah dah penuh.
huhuhu…

so aku ngan encik z bergegas ke masjid sri rampai.
sebab encik z kata kan biasanya orang solat aidiladha nie kul 8.30 pagi.
sampai kat masjid sri rampai, tengok orang tengah solat uolls.
melimpah ruah sampai ke luar masjid.

encik z pandang aku, aku pandang encik z.
kemudian sama-sama kami pandang lembu yang ditambat di luar masjid.
haishh… takde rejeki kami nak solat aidiladha kat masjid tahun nie.
so, balik rumah. solat kat rumah je lah. 🙁

siap-siap, terus ke segambut. rumah in law ku.
rumah parents encik z.
makan rendang kerbau yang setap…
tak ingat lak aku sama ada aku nie pernah makan daging kerbau ke tak.
being me, belasah jer apa makanan yang ada.
aterrr aku kan tak reti masak.
so melampau la nak pilih makanan kan kan kan kan…

yang duduk dengan aku tu, biras aku. eina namanya.
tengah sarat pregnant.
yang lagi 2 objek berdiri tu adik-adik encik z.
tapi awass itu 2 orang jer yer. dia ada lagi 6 orang adik perempuan. heh.

us in purple.
selendang tok ti aku tu macam cacat kan.
dia macam ke depan sangat.
sebabnya cutting selendang tu cam kecik sikit.
dia tak terbukak sampai ke bawah dada.
tu yang jadik cam mencacat sikit.
aku beli kat jalan TAR. RM10 saja. sekian buat makluman anda.

shazwani si budak hitam.
anak saudara encik z. eh merangkap anak saudara aku gak la kan.
cucu pertama in law aku.

dari rumah in law, aku ngan encik z gi tanah perkuburan segambut.
mau melawat ‘rumah’ arwah abah.
alfatihah untuk arwah abah dan semua yang telah pergi meninggalkan kita.

assalammualaikum ya ahli kubur.
insyaAllah satu hari nanti pasti aku akan bersama kamu.

dari kubur, zasss pulak ke kuala selangor sana.
rumah tok encik z. iaitu mak kepada mak encik z.
kali ke 2 aku datang sini. dulu tu masa tok encik z jatuh bilik air.
sekali lagi selendang aku cacat.
kali nie menyenget plak. heh.

duduk duduk, sembang sembang, borak borak, makan-makan.
dalam sejam gitu, baru lah gerak mau piulang.
panas terik oh masa nie..

oh masa kat sini, kaklong hantar MMS 2 gambar.
gambar yaya + gambar mama yaya caca.
huhu… first time oh aku beraya tanpa yaya.. sob sob…

perjalanan piulang dari kuala selangor ke jasmine diiringi hujan yang maha lebat.
patutlah tadi kemain panasnya. rupanya mau hujan.
aku sedap je membuta dalam myavi.
sedar sedar sejam setengah pastu, dah sampai jasmine dah. heeee….

encik z terus gi amik daging korban.
memang setiap satu rumah dah diberi kupon untuk collect daging korban nie.
dapat 2 bungkus daging lembu freshhhh…

sampai rumah terus tak menyabar, mau masak daging freshh.. wuwuwu…
tapi takde resepi ke hapa.
ini namanya masakan sesedap tekak, semua pun main campak campak.
ek eh pantun dua kerat.

potong daging kekecik. gaul ngan garam dan kunyit.
potong cili padi pun kekecik. letak bawang besar kat atas.
pastu campak dalam kuali. kasik gorengggggggggg….

tadaaa… daging goreng kunyit versi mayah sopiah.
jemput makan semua anak-anak. sedap tauuu…

p/s: tiap kali buat daging goreng kunyit, mesti teringat kat nida.
sebab dulu masa bujang bujang, waktu praktikal kitorang duduk serumah.
aku request nak makan daging goreng kunyit nie, dia tolong buatkan untuk aku.
love u nida.. 🙂

10 thoughts on “Tragedi AidilAdha

Comments are closed.