Syampu Free

semalam sampai ofis awal.
pukul 8.15 pagi camtu dah sampai. walhal aku masuk kerja pukul 9 pagi nih.
gamaknya sebab cuti sekolah kot la kan.
sebab tu jalan pun smooth jer.

sementelaah sampai awal, ajak encik z breakfast kat cafe.
ada breakfast special. so layan..
ada roti letak kaya, telur separuh masak 2 biji. dan nescafe tarik.

tengah hari, lunch. keluar dengan kaktin & payiet.
aku kena gi pertama nak amik seluar yang aku hantar alter.
dah 2 kali pergi, tak siap. buat darah naik kepala jer.
sib baik kali nie dah siap. kalau tak harus rasukan ablasa kat situ. heh.

on the way nak ke medan mara, terjumpa dengan segerombolan maknosia berambut biru. ingatkan kot ada shooting alien ke hapa.
rupanya bagi free sample syampu head & shoulder.
oh i like.
dari jambatan sogo ke medan mara, berjumpa dengan 3 kumpulan.
kat tiap kumpulan kitorang stop amik sample free tuh.
standard orang melayu / rakyat malaysia, suka barang free. hikss…

gi medan mara kerana mau makan satay.
tapi satay adalah tak sedap dan kering.
potong betul.
kemudian hujan lebat. (takde kena mengena satay tak sedap dengan hujan lebat)

dari sogo nak balik ke office, fuhhh… lenjun!!!
lain kali sila sediakan payung sebelum hujan eh normaya.

balik rumah, dengan rakusnya bukak sample free tu.
ada 6 semuanya. sekalian ada voucher off RM3 untuk beli syampu head & shoulder 380ml. oh sukerr…

8 thoughts on “Syampu Free

Comments are closed.