Serkup Ala Dato’ Siti Nurhaliza

hari tu kan aku ada dok memekak mekak tanya mana nak beli serkup kepala macam dato’ siti nurhaliza tu kan.. ingat tak ingat tak?
yeayyy aku dah dapat mencari dan membelinya oh…
sukerrr sukerrr…

kekdahnya hari sabtu lepas.
cuti kan. so memang sangap gila taktau nak buat apa.
lepas zohor gitu, encik z ajak gi makan nasi ayam mencongkam kat gombak.
ok tu entry lain. aku up entry nie lu.
lepas makan nasi ayam, terus ke 1 utama walaupun nan adoo hala tuju.

dah sampai sana pun cam ya ampunn.. sangap gila.
apa nak buat nie..
nak nonton movie, tapi semua cam tak best dan yang best pun lewat-lewat malam.
lagi la koserr nak nunggu.

pastu berjalan je la tanpa hala tujuan.
nampak butik topshop. terus nonong nonong nak masuk.
sebab ingat hari tu ceera ke, erni ke yang kata serkup kepala tu ada jual kat topshop.
tapi instead of topshop, aku termasuk dalam butik promod.
seriyus tak perasan pun.

tapi memang dah rejeki aku. memang ditakdirkan aku masuk ke butik promod tu.
ada serkup tu.
terus la cam melonjak-lonjak gembira kan..
ada macam-macam kaler gak.. tapi more to earth colour la..
coklat, hitam, kelabu, hijau tua.
teruslah mencuba tanpa sempadan.

so keputusannya, aku amik 3 helai sekaligus.
tapi satu untuk kaklong.
sebab awalnya dia yang dok ngiyau ngiyau nak kan serkup tuh.
lagi 2 helai untuk aku, aku amik kaler hitam ngan kelabu.
cam stylo mylo plak bila pakai. ok aku berangan. la la la la…
lantakkk…

bagi yang jakun macam aku, serkup kepala nie bertajuk knit beret yer anak-anak.
ko boleh tengok dalam website promod.


dan knit beret nie aku beli sehelai RM49.90.
tak tau la mahal ke murah.. janji aku dah beli.
yeay yeay yahoooo….


: : model hiasan tak berbayar si caca waka waka : :

28 thoughts on “Serkup Ala Dato’ Siti Nurhaliza

Comments are closed.